
Tuesday, October 19, 2010
Keris Gabungan Besi Terpilih @ Keris Kepala Tok Wali






Sepatutnya keris ini dimasukkan didalam blog kami iaitu Senjata Warisan Melayu. Tetapi memandangkan ramai yang tidak menyedari akan kehadiran blog ini walaupun telah disiapkan link disebelah kanan atas blog ini jadi untuk berkongsi koleksi terpaksalah saya memaparkan disini sebagai transit untuk semua. Keris ini diperolehi dari Kelantan.
Keris ini dinamakan kami sebagai keris gabungan besi terpilih atau juga keris kepala tok wali. Ianya berlok 17 dan antara gabungan besi terpilih adalah besi 7pa (semua puting patah secara alami semasa digunakan), besi tahi bintang dan besi keris lama. Keris ini bukanlah keris antik @ purba tetapi keris yang telah dibikin @ ditempa kembali menggunakan gabungan yang telah disebutkan. Ianya sesuai sebagai pakaian diri dan boleh dibuat medium untuk perubatan. Kepala keris ini merupakan kepala tok wali yang sedang khusuk solat. Keterangan lanjut akan diberikan dalam blog yang berkenaan.
Monday, October 18, 2010
:: Koleksi Terhad :: Permata Selumbar Nibung Dalam Batu




Koleksi terbaru ialah permata selumbar nibung dalam batu yang diperolehi di sebuah tempat di Pantai Timur, Malaysia. Stok hanya diperolehi dalam 5 biji tetapi dalam posting ini dimasukkan 2 biji terlebih dahulu. Permata ini bersaiz lebih kurang 5 sen dan ada sedikit retak dalam batu ekoran proses canaian.
Friday, October 15, 2010
:: Sudut Ilmu :: Rupanya Batu Opal Queensland




Sebelum ini pernah kami paparkan koleksi batu opal milik kami yang diperolehi secara istimewa didasar laut dalam di Malaysia ini. Setelah mengkaji dan berhubung dengan pakar batu opal Australia maka akhirnya kami dapat mengetahui opal yang diperolehi kami adalah dalam spesis yang dipanggil "boulder opal" dimana kualitinya bawah sedikit berbanding black opal. Mengikut beliau ianya banyak diperolehi di Queensland, Australia tapi bagaimanapun kami hanya menemuinya didasar lautan di pantai timur Malaysia. Stok masih ada untuk dimiliki.
Dalam sebuah blog mengatakan:
"Boulder opal is the term used to describe precious opal that has formed as part of ironstone boulders by impregnating the boulder and in-filling cavities and cracks (either partially or fully). "
Peminat boleh merujuk:
Thursday, October 14, 2010
Wednesday, October 13, 2010
Permata Teras Gemunggal Jadi Batu Segiempat



Permata teras gemunggal jadi batu ini dicanai dalam bentuk segiempat. Mempunyai keunikan kerana sekali pandang semacam batu aked. Rata-rata sahabat kami ditunjukkan permata ini semuanya mengatakan ianya batu aked dan setelah ditunjukkan bongkah teras gemunggal jadi batu yang dipotong darinya semua terkejut seakan tak percaya. Mempunyai keunikannya yang tersendiri dan lain daripada yang lain. Bersaiz lebih kurang 50 sen.
Tuesday, October 12, 2010
Monday, October 11, 2010
Thursday, October 7, 2010
Permata Batu Bulu @ Benang Sejadah Bunian (Stok Baru)

Permata ini baru disiapkan oleh tukang canai permata untuk dipaparkan kepada peminat blog. Buat masa ini terhad kepada 2 biji sahaja sebagaimana paparan diatas. Setiap satu permata akan dipaparkan dengan ukuran saiz dan gambar "close up" dalam masa terdekat. InsyaAllah. Sekiranya berminat sila SMS bagi menebus permata (P1 atau P2)yang terhad ini.
Wednesday, October 6, 2010
:: Edisi Terhad :: Permata Besi Leleh Jalur Berpusar No1



Permata ini merupakan besi leleh jalur dengan bentuk pusaran seakan kelopak bunga. Sebelum ini pelbagai bentuk besi leleh jalur dipaparkan seperti bentuk seolah simbol kaabah, bentuk pusaran bulat seakan peta topo dan sebagainya. Permata ini jika diperhatikan secara live akan menampakkan suatu warna seakan batu cindai emas yang mempunyai reflex terhadap cahaya.
Tuesday, October 5, 2010
Permata Batu Fairuz Hijau Tua Corak Daun (telah ditebus)



Permata batu fairus ini amatlah unik dimana tidak menyamai batu fairuz yang kebiasaannya berada dipasaran iaitu warna turqouise. batu ini berwarna hijau pekat dengan corak seakan-akan daun cukup jelas kelihatan. Paparan ketiga @ bawah sekali menunjukkan bahagian bawah batu permata tersebut. Untuk dimaharkan batu permata sahaja kepada sesiapa yang berminat.
Sunday, October 3, 2010
Permata Batu Marjan Merah


Batu marjan merah in terhad kepada 2 biji sahaja. Saiz adalah sebagaimana gambar diatas dan paparan bawah sekali menunjukkan batu karang (coral) berwarna oren sebagai perbandingan sifat-sifat karang yang kebiasaannya didalam laut. Gambar diatas adalah permata sebelum dipolish lagi kelihatan warna kelabu menunjukkan permata dalam proses penggunaan debu berlian bagi mengilatkan permata.
Subscribe to:
Posts (Atom)























