Friday, August 7, 2009

Permata Teras Celagi



Pokok Celagi juga dikenali sebagai pokok asam jawa atau dalam bahasa indonesia dikenali sebagai tangkal acem. Istilah sains untuk pokok ini adalah Tamarindus Indicus Linn dan banyak digunakan sebagai bahan masakan. Teras celagi/asam jawa ini amat susah untuk diperolehi... kalau tak percaya cuba tebang pokok ini jika berada berhampiran rumah anda.

Peminat pengumpul barangan mistik berusaha untuk mencari teras celagi atau di Indonesia dikenali sebagai "galih acem". Dipercayai berkhasiat untuk keselamatan diri, menjauhkan dari syaithan dan jin yang jahat, jauhkan dari terkena ilmu sihir / guna-guna dan binatang berbisa akan menjauhkan diri dari sipemakai teras celagi ini. Selain itu dikatakan seseorang yang memakai cincin teras celagi sekiranya menumbuk orang yang mempunyai kesaktian ilmu hitam atau kebal maka akan tawarlah ilmunya itu. Wallahualam.

Untuk dimaharkan seperti dibawah:

Permata saiz besar (1.8cm panjang X 1 cm lebar) - RM 150.00
Permata saiz kecil (1.2 cm panjang X 1 cm lebar) - RM 100.00
Cincin perak bertatahkan permata + teras celagi - RM 180.00
(termasuk belanja pos untuk Malaysia sahaja)

Thursday, August 6, 2009

Buntat Siput


Buntat siput ini ditemui disebuah pulau di Terengganu. Sesiapa berminat bolehlah menghubungi saya. Tentang khasiatnya, cubalah rujuk laman blog lain yang telah memperkatakannya.

Wednesday, August 5, 2009

Permata Batu Litar/Petir - Air dan Api


Diatas adalah permata batu litar/petir air dan api. Diciptakan oleh ALLAH swt untuk melawan kejahatan syaitan dan iblis. Sesetengah orang berpendapat batu ini diperolehi dari langit dimana para malaikat akan melontar syaithan dan iblis yang cuba mendengar perbualan/rahsia kalam ALLAH. Justeru itu ia mengeluarkan cahaya kuat yang dipanggil kilat/hala lintar. Wallahu'alam.

Harga yang ingin dimaharkan adalah:
Batu Litar Air RM130.00 untuk saiz standard ~ 1.2 cm x 1 cm (gambar atas)
Batu Litar Api RM 170.00 untuk saiz standard ~ 1.2 cm x 1 cm(gambar bawah)
Nota :- Mahar bergantung kepada saiz batu litar.

Allahuakbar walillah hilhamdu.

Tuesday, August 4, 2009

Permata Batu Bulu Cenderawasih (Telah dipindah milik)



Subhanallah...Maha Suci ALLAH yang menjadikan makhluk sebaik rupa.

Allahuakbar..Allahuakbar....Allahuakbar

Ini adalah sebaik ciptaan ALLAH swt untuk tatapan kita semua. Batu Bulu Cenderawasih mempunyai bulu cenderawasih asli didalamnya dan bulu ini seakan-akan hidup dan boleh bertambah didalam keadaan tertentu. Bulu itu berwarna kuning keemasan dan sebahagian merah darah terang. Saiz batu permata adalah 3cm panjang X 2cm lebar.

Mempunyai khasiat yang amat besar namun saya tidak akan menyatakannya disini kecuali kepada orang yang betul-betul berminat sahaja. Hanya jauhari mengenal manikam. Namun untuk memilikinya anda mestilah bersyarat:

  • seorang yang beriman dan CUBA untuk taat dan patuh kepada semua suruhan dan larangan ALLAH swt
  • selalu mengelakkan daripada melakukan maksiat yang nyata
  • tidak boleh riak, bongkak dan takabbur

Batu ini ingin dimaharkan dengan harga RM5,888.25 (lihat posting terbaru untuk harga promosi) dan terbuka samada perseorangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sekiranya ingin berjumpa dengan saya silalah SMS dan hanya orang yang betul-betul berminat sahaja akan dilayan. Lihatlah dengan matahati dan sesungguhnya anda tidak akan menyesal jika memiliki batu ini.

Wallahu'alam.

** Terima kasih Hamba ALLAH, Kajang **

Perhatian En Haris, Puncak Alam (Telah dijual)

Cincin perak berukirkan bunga dengan teras gemunggal jadi batu.

Penawar Batu Tok Wali


Suatu ciptaan ALLAH swt yang sangat dicari-cari oleh peminat barangan mistik dan sesuai dengan namanya sebagai Batu Tok Wali.. Amat berguna sebagai penawar kebanyakan penyakit manusia bahkan untuk binatang sekalipun. Subhanallah..

Mengikut orang yang arif tentang batu dan dapat berkomunikasi dengan alam ghaib batu ini dikatakan berasal dari kayu dan akhirnya bertukar menjadi batu dan dinamakan seperti ini. Hanya orang yang arif sahaja yang dapat menemui batu ini yang kebanyakan terletak didalam gua dan bukit (ada mengatakan kawasan para wali berzikir dan bertawajuh kepada ALLAH swt).

Wallahu'alam


Loket Teras Gemunggal Kelor Edisi Terhad (Telah dijual)


Loket gambar paling atas sudah dijual.
Ini adalah koleksi edisi terhad loket teras gemunggal/kelor. Dibuat dengan kualiti yang cukup tinggi. Untuk kaum hawa sahaja kerana ia sesuai samada ditonjolkan ataupun disimpan didalam tudung untuk mengelakkan orang mengetahui anda memakai teras gemunggal/kelor.

Tentang khasiat..rujuklah posting yang terdahulu. Untuk dimaharkan dengan harga yang sama bagi edisi pertama iaitu RM150.00 termasuk belanja pos bagi Malaysia sahaja (Brunei/Singapore akan ditentukan).

Teras Gemunggal/kelor jadi batu..



Ini satu lagi ciptaan ALLAH swt...Subhanallah...

Inilah rupa asal pokok gemunggal jadi batu termasuk semua bahagian...kulit luar, teras dan dalam... cuba tengok betul-betul....yang jadi batu pun dia punya rona pola kayu tetap sama dengan yang kayu betul....takkan saya tunjuk benda tipu kot....

Wallahu'alam

Tulang Harimau jadi batu..Asli ke??

Ramai yang menelepon saya bertanyakan adakah tulang harimau jadi batu tu asli ke? Malah ada yang mengatakan mungkin itu tulang binatang lain....kelakar jadinya..tak salah yang bertanya cuma mungkin maklumat tidak cukup untuk menyakinkan pelayar blog. Apapun saya berusaha untuk menunjukkan bukti bagi tujuan tersebut.


Tulang harimau menjadi batu yang diperolehi adalah cukup sifat tulang bagi seekor harimau termasuk kepala, tulang belakang, kaki, taring dan sebagainya. Saya mempromosikan diblog ini bukan tujuan untuk menipu. Kerana semenjak diletakkan didalam blog saya dan sahabat saya Tuan Ahmad Sukri, sudah ramai yang mengambil kesempatan untuk menipu dengan menamakan produk mereka tulang harimau jadi batu.

Untuk itu saya sertakan photo yang telah diambil bagi membuktikan saya bercakap benar.

Tempahan Saudara Izuddin Siap


Alhamdulillah tempahan ikatan cincin perak saudara Izuddin dapat disiapkan kurang dari 7 hari. 2 bentuk cincin berlainan design tetapi menggunakan corak tangkai kendi untuk tidak menunjukkan cincin terlampau besar. Upah yang dikenakan agak berpatutan.

Sila hubungi saya untuk tujuan pengambilan. Terima kasih.

Posting baru ditangguhkan



Maaf kerana posting terbaru terpaksa ditunda kerana saya terpaksa pulang ke kampung halaman di Kota Bharu akibat kematian pakcik saya ekoran sakit tua.

Sudilah sekiranya pelawat blog saya menghadiahkan Al Fatihah kepada arwah Abdul Mutalib Hassan dan semoga ruhnya ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh.

Al Fatihah...

Thursday, July 30, 2009

Pandangan : Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Di dalam pepatah melayu ada menyebut “hanya jauhari yang mengenal manikam”. Maksudnya adalah hanya seseorang yang mahir di dalam sesuatu perkara itu sahaja yang mengetahui tentang perkara tersebut. Contohnya, hanya pembuat permata dan yang mempunyai ilmu tentangnya sahaja yang tahu menilai mana permata dan yang mana kaca. Di dalam agama Islam pula, hanya ulama iaitu seseorang yang mendalami ilmu agama sahaja yang mampu menguasai dan mentafsirkan berkenaan hukum-hakam di dalam beragama.

Terima kasih kepada saudara Waliqudus dalam memberikan komen jujur beliau (sila lihat Teras gemunggal/kelor (Untuk perhatian En Haris)) berkenaan kualiti teras gemunggal yang saya maharkan.

Alhamdulillah keatas nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH swt kepada makhlukNya.

Wednesday, July 29, 2009

Nibong Tunggal Jadi Batu (Lihat posting terbaru)



Koleksi terbaru saya adalah nibong tunggal jadi batu. Nibong tunggal batu ini diperolehi oleh sahabat saya yang dikurniakan kelebihan dapat mencari dan memperolehi apa-apa ciptaan ALLAH swt yang menjadi batu.

Ciptaan ALLAH swt bertukar menjadi batu amat susah diperolehi kecuali oleh orang yang alim dalam bidangnya apatah lagi yang kenal akan kebesaran ALLAH swt. Kalau mengikut sains sesuatu tumbuhan untuk bertukar menjadi batu atau istilah sains "fosil" ia memerlukan beribu malah jutaan tahun proses pereputan dan pertukaran dari keadaan asal ke batu.

Nibong tunggal batu ini dikatakan mempunyai kelebihan yang lebih baik daripada nibung tunggal biasa. Apa kelebihannya itu adalah milik mutlak ALLAH swt. Wallahu'alam.

Tuesday, July 28, 2009

Gelang Teras Gemunggal/Kelor (Telah Dijual)


{{ 2 gelang telah dijual }}

Ini adalah koleksi terbaru untuk
semua.. dipanggil gelang teras gemunggal/kelor. Diikat bersama batu hitam yang dinamakan batu "onyx" yang bagus untuk perjalanan darah dan terkenal dan dipercayai dapat menenangkan jiwa.


Semua batu onyx berjumlah 16 biji dan ditambah sebiji teras gemunggal/kelor bagi mendapatkan khasiat. Disamping itu ini adalah alternatif kepada sesiapa yang tidak menyukai memakai cincin..sebab gelang senang dipakai. Sesuai untuk lelaki dan perempuan dan juga boleh digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.


Stok terhad kepada 4 gelang sahaja dan harga yang ingin dimaharkan adalah RM80(tawaran permulaan) termasuk pos untuk Malaysia sahaja.

Teras Gemunggal/Kelor Kalimah (Telah ditebus)


Maha Suci ALLAH swt menciptakan sesuatu untuk membuktikan kebesaranNYA. Teras gemunggal/kelor ini mempunyai kalimah ALLAH jika diperhatikan di sudut bawah tepi bahagian kanan. Dinyatakan oleh ALLAH swt untuk kita berfikir dan merenung sejenak akan kekuasaan ALLAH swt dalam menjadikan sesuatu dengan lafaz KUN FAYAKUUN...

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM350.00 termasuk belanja pos untuk Malaysia sahaja. Permata ini bersaiz 2.5cm panjang dan 1.8 lebar.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Monday, July 27, 2009

Teras Gemunggal/Kelor jadi batu

{ 1 biji telah dijual }

Koleksi terbaru adalah teras gemunggal jadi batu...Maha Suci ALLAH yang telah menjadikan pelbagai ciptaanNya dengan segala jenis keistimewaan. Subhanallah.

Teras gemunggal/kelor jadi batu ini adalah asli dan diperolehi dari sebuah gua di Semenanjung Malaysia. Orang yang memperolehinya bukan calang-calang orang yang sudah biasa dalam bab-bab meneroka gua dan hutan berseorangan.

Selain daripada kelebihan teras gemunggal/kelor yang biasa kita perolehi..teras jadi batu ini juga berguna semasa diri sendiri atau orang lain ketika sakit kepala. Dimana teras batu ini dikatakan seakan menghisap jika diletakkan ditempat sakit dan akan jatuh selepas sakit kepala hilang. Ini dinyatakan oleh seorang pembeli yang telah mendapatkan teras batu ini. Wallahu'alam.

Secara logiknya untuk mendapatkan teras gemunggal/kelor menjadi batu ini amatlah susah dan bukan semua orang boleh menjumpainya. Stok yang saya perolehi adalah terhad kepada 2 biji sahaja (saiz 1.9cm X 1.2cm) dan ingin dimaharkan dengan harga RM 200.00 termasuk pos untuk Malaysia sahaja.

Loket Teras Gemunggal (Telah dijual)

Ini adalah koleksi terbaru saya. Loket ini sesuai untuk orang perempuan dan boleh terus dipakai bersama rantai yang lain sebagai pendinding diri dari santau, sihir, pukau dan khianat orang semasa berada ditempat kerja atau dimana-mana sahaja. InsyaALLAH.

Hanya satu unit sahaja sebagai percubaan untuk kaum hawa. Harga yang ingin dimaharkan adalah RM150.00 termasuk belanja pos untuk Malaysia sahaja (Singapore/Brunei akan diberitahu kos penghantaran).

Batu Tulang Harimau (Tempahan Sdra Izuddin)


Tempahan ini dibuat oleh saudara Izuddin dan untuk perhatian beliau. Buat masa sekarang batu ini dalam proses ikat menjadi cincin.

Wednesday, July 22, 2009

Darjat Teras Gemunggal/kelo


Melalui perbincangan dengan sahabat saya dan juga pencarian menerusi internet ada mengatakan teras gemunggal/kelo mempunyai beberapa darjat dan setiap darjat mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Wallahualam.

Bermula dari darjat 1 hinggalah darjat 7 dimana darjat satu adalah yang tertinggi sekali. Bagi saya sebenarnya penilaian dibuat adalah berdasarkan kepada kepadatan dan struktur isi teras gemunggal itu sendiri dimana darjat satu mempunyai kepadatan yang paling utuh dan mempunyai warna hitam yang amat pekat seperti kemuning hitam dan mempunyai lubang atau corak rona kayu yang amat halus.


Dalam sebatang pokok gemunggal/kelo yang mempunyai teras..bahagian akar yang paling dalam sekali mempunyai darjat 1 sehinggalah kepada batang pokok yang mempunyai warna yang kemerah-merahan coklat (darjat 5 kebawah) . Usia sebatang pokok gemunggal/kelo juga mempunyai peranan dalam menghasilkan darjat. Kebanyakan darjat 3 keatas dijual melebihi harga RM600 disebabkan amat susah untuk menemuinya.

Selain itu sifat samada tenggelam dalam air atau tidak juga mempunyai peranan dalam menentukan darjat atas setiap teras gemunggal/kelo. Secara ringkasnya semua itu adalah ciptaan ALLAH swt untuk menunjukkan bahawa DIA berkuasa diatas sesuatu kejadian dan diatas setiap satu kejadian itu juga mempunyai pelbagai keistimewaan dan hanya makhluk yang dipilihNYA sahaja yang boleh merungkai rahsiaNYA untuk dimanfaatkan semua.



Tuesday, July 21, 2009

Tulang Harimau Jadi Batu


Subhanallah atas ciptaanNYA yang tidak terjangkau oleh akal fikiran.

Saya ingin memaharkan tulang harimau jadi batu yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tulang ini berasal dari sebuah gua di Semenanjung Malaysia dan lokasinya dirahsiakan oleh tuan yang menjumpai atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelebihannya MasyaALLAH... hanya orang yang tahu sahaja dapat merasainya.

Cara pengambilannya juga amat unik dan tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan orang biasa. Sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi saya untuk tempahan. Gambar yang ditunjukkan adalah contoh daripada tulang harimau jadi batu koleksi sendiri.

Allahuakbar
Maklumbalas:
Kebanyakan pemilik teras tulang harimau menjadi batu ini menyatakan ia berupaya sebagai pemakaian diri, menolak sihir/santau/ilmu hitam, pendinding daripada syaitan dan makhluk halus, perubatan sakit gigi dll. Wallahu'alam

Friday, July 17, 2009

Teras Gemunggal Kahwin (Telah dijual)

{ Status - Dijual }

Ini adalah teras gemunggal kahwin (Sulawesi dan Pulau di Terengganu) untuk perhatian En Yaakop dari Pulau Pinang. Stok terhad. Hanya ada 1 biji sahaja.

Tuesday, July 14, 2009

Sarang Ular Cinta Mani Laut

Gambar diatas menunjukkan sarang ular cinta mani laut untuk tatapan semua. Sesiapa berminat bolehlah menghubungi saya.
Inilah kebesaran ALLAH swt untuk makhlukNya berfikir.

Sunday, July 12, 2009

Petua untuk cincin teras..

Sekiranya kayu teras dijadikan cincin terlebih dahulu pastikan dengan tukang membuat cincin untuk bahagian bawah teras besentuh dengan kulit bagi mendapatkan khasiatnya. Perak, suasa, besi atau tembaga tidak menjadi masalah yang penting adalah cara mengikat dengan betul bagi mendapatkan faedah dan khasiat yang diciptakan ALLAH swt.

Paling selamat cara ikatan yang dipanggil ikat bungkus sememangnya bertepatan untuk bersentuh kulit dan elakkan ikatan kuku kambing.
Wallahualam bissawab....

Saturday, July 4, 2009

SMS terima kasih...


Maklum balas daripada pembeli permata teras gemunggal amat positif. Ada yang menyatakan kalau dahulu rumahnya terasa seram tetapi sekarang sudah tidak lagi semenjak kayu itu diletakkan di dalam rumah.

Ada yang mempelajari ilmu persilatan mengatakan dengan pemakaian cincin teras ini membuatkan pihak lawan keberatan untuk berlawan. Begitu juga gang-gang penarik kereta..kaki gaduh...yang terkena buatan orang....macam-macam cerita....

Pun begitu suka saya catatkan disini bahawa segala kelebihan itu adalah milik mutlak ALLAH swt. Janganlah pembeli mengagungkan akan kayu teras ini walaupun anda semua tahu akan kelebihannya. Penggunaan kayu teras ini adalah sebagai ikhtiar dan yang lain itu berserahlah kepada ALLAH ta'ala.


Subhanallah Walhamdulillah Allahuakbar....

Friday, July 3, 2009

Tambahan Kayu Batu Gunung Stong

Ini adalah koleksi tambahan batu permata kayu batu Gunung Stong. Terhad 3 biji sahaja. Harga tawaran adalah sama iaitu RM80 sebiji (termasuk belanja pos bagi Malaysia sahaja/Singapore atau Brunei belanja pos akan ditentukan)