Showing posts with label zaffaran. Show all posts
Showing posts with label zaffaran. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Saffron @ Zaffaran Juzuk 2


Antara khasiat SAFFRON atau ZAFFARAN yang telah direkodkan oleh sains:
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman
  • Menguatkan ingatan dan hafalan
  • Merawat anemia
  • Mengawal tekanan darah dan kolestrol
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Merawat penyakit saraf
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan
  • Mengurangkan sembelit dan bisa-bisa sendi
  • Penenang diri
  • Perangsang tenaga batin
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
  • Membina daya tahan melawan penyakit (antibodi).
  • Amat baik untuk merawat bengkak sendi dan rheumatic sbg ubat luaran
  • Merawat masalah ketidaksuburan dan menguatkan rahim ( selepas bersalin ).

    Pengambilan secara tetap bahan ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa. Wallahua'lam.

Tuesday, February 2, 2010

Saffron @ Zaffaran Juzuk 1


Zaafaran adalah berasal daripada sejenis bunga (nama sains crocus sativus linneaus) yang mempunyai banyak khasiat terutamanya didalam perubatan (excellent stimulant) dan juga dijadikan sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan. Dikenali juga sebagai Saffron yang juga dikenali sebagai "Emas Padang Pasir" dan selain itu juga dipanggil sebagai ‘Spice King’, ‘Spice Queen’, ‘Vegatable Gold’, dan ‘Flower of Love’. Tumbuhan ini banyak ditanam di Iran, Barat Medditeranean sehingga ke Kashmir. Dikenali juga dengan nama lain seperti saffron, kam kuma, Safuran, Kesar, Fan Hong Hua, Kungumappu dan sebagainya. Didalam kitab Tibbul Imama A’li, muka surat 381, Saidina Ali (kw) menyatakan akan kelebihan zaffaran dalam memantapkan hafalan dan ingatan akan sesuatu.

Mengikut kitab perubatan Islam zaffaran ini amat kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 (Riboflavin) dan B2 (Thiamin) dimana amat membantu didalam pelbagai penyakit dalaman organ manusia. Didalam kitab Al Tawada bi Al-A’syab Wa Al Nabatat karangan Abdul latif Asyur beliau mengatakan bahawa zaffaran merupakan tumbuhan ubat yang terkenal dan termahal dan telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi didalam perubatan Ibn Sina.

Selain itu bagi tujuan perubatan Islam zaffaran ini juga digunakan sebagai dakwat dalam penulisan ayat Al Quran di pinggan putih bagi tujuan mendapatkan keberkatan dan penyembuhan melalui kaedah ayat-ayat tertentu. Di India bahan ini digunakan didalam perubatan Ayuverda bagi merawat pelbagai penyakit seperti atritis, ketidaksuburan dan mati pucuk dan sebagainya.

Selain daripada perubatan ianya juga digunakan oleh segolongan peminat barangan mistik bagi menghidupkan dan menambahkan aura barangan koleksi mereka seperti keris, besi, cincin dan sebagainya mengikut ilmu mereka yang tersendiri. Wallhua'lam