Gelang ini diperbuat daripada gabungan 2 jenis ular cintamani laut iaitu cintamani emas daripada laut Merah dan cintamani hitam dari Malaysia. Gelang ini merupakan alternatif bagi peminat yang tidak selesa dengan pemakaian cincin.
Showing posts with label ular cintamani emas. Show all posts
Showing posts with label ular cintamani emas. Show all posts
Sunday, February 23, 2014
Friday, November 8, 2013
:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Tasbih Campuran Ular Cintamani Emas dan Cintamani Hitam (Telah ditebus)
Tasbih 33 biji ini merupakan gabungan 2 jenis ular cintamani iaitu cintamani emas Laut Merah dan cintamani hitam Malaysia. Selain boleh digunakan sebagai tujuan berzikir ianya juga mempunyai hubungan ikhtiar rezki dan pengasihan. Adalah disarankan agar gabungan zikir khas dan penggunaan tasbih ini bagi tujuan yang tersebut di dalam kitab lama. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
Wednesday, October 16, 2013
:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Gelang Ular Cintamani Emas 2 (Telah ditebus)
Gelang ini merupakan koleksi ke 2 dan stok terakhir bagi gelang ular cintamani emas ini (buat masa ini).
Thursday, October 10, 2013
:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Gelang Ular Cintamani Emas Laut Merah (Telah ditebus)
Inilah hasilnya gelang kayu cintamani emas yang berasal daripada Laut Merah. Berwarna keemasan dibahagian luar dan dalam kayu manakala bahagian luar kayu masih dikekalkan (ada bintik) dan bukan dilicinkan. Bahagian luar dan dalam sekata warna membuktikan ianya adalah asli (boleh di test di makmal). Mahar adalah mampu milik.
Wednesday, October 9, 2013
:: Koleksi Rare :: Kayu Ular Cinta Emas
Kebiasaannya kita mendengar kayu ular cinta mani hitam atau putih tetapi amat jarang kita mendengar kayu ular cintamani emas. Kayu ular cintamani ini amat sukar diperolehi dan kalau dirujuk hanya terdapat di beberapa laut di dunia terutamanya di kepulauan Hawai. Spesis ini hanya dapat diperolehi di laut dalam dengan kedalaman yang tinggi iaitu 1500 kaki ke atas. Menurut kajian sains ianya hanya membesar sebanyak 2 inchi bagi setahun. Istilah dalam sains adalah "coral" dan mempunyai beberapa warna seperti hitam, pink, merah dan emas.
Alhamdulillah kami telah diizinkan oleh ALLAH swt memperolehi kayu ular cintamani emas (gold coral). Asal kayu ini adalah daripada Laut Merah dan dalam masa terdekat akan dibuat gelang bagi tujuan memaharkannya kepada peminat blog. Sekali pandang seakan kayu yang disembur warna metalik emas tetapi kayu ini adalah asli dan boleh diuji di makmal bagi pengesahannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)











