Showing posts with label fosil mani gajah. Show all posts
Showing posts with label fosil mani gajah. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

:: Koleksi Permata Hyper Rare :: Permata Fosil Gajah Purba Istimewa


Permata ini merupakan koleksi hyper rare yang sengaja disimpan dek kerana teramat susah untuk diperolehi. Permata mani gajah ini pada asalnya berwarna biasa berbelang putih kelabu namun atas nasihat guru kami ianya disimpan bagi melihat perubahan yang mungkin terjadi dan hasilnya perubahan warna ke arah cindai sebagaimana gambar di atas. Warna jalur merah amat jelas dan perubahan yang lain hanya akan diketahui bila memakainya. Wallahuaklam.

Thursday, March 13, 2014

:: Untuk Perhatian Fifi, Selangor :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian Fifi, Selangor
Ketulan fosil mani gajah (santan) dalam bentuk kiub stok terakhir yang kami miliki.

Tuesday, October 29, 2013

:: Koleksi Istimewa :: Loket Perak Fosil Mani Gajah Purba (Telah ditebus)


Mani gajah jadi batu ini dipadankan dengan loket perak dengan kuku crown. Berminat sila SMS untuk harga Mampu Milik mampu Bayar

Thursday, October 17, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Brunei :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian Hamba Allah, Brunei
Cincin perak pahat keris bersilang dengan permata mani gajah purba jadi batu.

Tuesday, July 30, 2013

:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Loket Mani Gajah Purba Jadi Batu



Permata ini merupakan mani gajah purba jadi batu dan dibuat khusus untuk diabadikan dalam bentuk loket wanita. Berbentuk air mata dan bersaiz hampir 50sen. Tawaran harga istimewa diskaun sempena Ramadhan dan Syawal.

Tuesday, July 23, 2013

:: Tawaran Ramadhan/Syawal :: Permata Mani Gajah Purba Jadi Batu (Telah ditebus)

fosil mani gajah
 

Permata mani gajah purba jadi batu di atas bersaiz hampir 10 sen (panjang) berbentuk bujur dan lebar lebih kurang saiz 5 sen.

Monday, April 29, 2013

:: Untuk Perhatian En Azlan, Miri :: (Telah ditebus)

 
 
Untuk Perhatian En Azlan, Miri
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 digabungkan dengan permata mani gajah purba jadi batu.

Wednesday, April 17, 2013

:: Koleksi Cincin Istimewa :: Cincin Perak Permata Mani Gajah Purba bentuk asal (Telah ditebus)

 
 
Permata mani gajah purba jadi batu dicanai dalam bentuk asal dan diikat cincin dengan saiz cincin 19. Saiz permata besar daripada 10 sen dan dalam bentuk berkilat asal.

Thursday, March 28, 2013

: Tawaran Istimewa :: Ketulan Fosil Mani Gajah Purba

 
 
Ketulan mani gajah purba ini dipotong dalam bentuk kiub dan mempunyai dua saiz sebagaimana gambar. Yang paling besar berukuran 35 x 29 x 8 mm dan boleh memperolhi 6 biji permata saiz kecil atau 3 biji permata saiz besar. Yang kecil pula berukuran 25 x 23 x 10 mm dan boleh memperolehi 4 biji permata saiz kecil dan 2 biji permata saiz besar. Untuk dimaharkan dengan tawaran istimewa.

Tuesday, March 19, 2013

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Fosil Mani Gajah Purba (Telah ditebus)

 
 
 
Cincin perak tangkai kendi kuku 6 digabungkan dengan permata fosil mani gajah purba (tertua). Saiz cincin adalah 17 dan permata hampir 10 sen.

Tuesday, February 19, 2013

:: Koleksi Rare :: Fosil Mani Gajah

fosil mani gajah
Fosil mani gajah ini terdiri daripada 2 jenis iaitu jenis kristal dan jenis seakan santan kelapa. Yang berbentuk kiub adalah sesuai untuk dijadikan minyak manakala yang kristal sesuai untuk dijadikan permata. terdapat 2 permata untuk kristal iaitu dalam bentuk dicanai (kiri) dan dalam bentuk asal batu yang berkilat (kanan). 

Friday, January 25, 2013

:: Untuk Perhatian En Z, Raub :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian En Z, Raub
Permata mani gajah jadi batu (batu tua) tempahan yang telah disiapkan tukang canai kami.

Tuesday, January 22, 2013

:: Koleksi RARE :: Permata Mani Gajah Jadi Batu (Tertua)

mani gajah
Akhirnya siap permata mani gajah jadi batu oleh tukang canai kami. Permata ini dibuat dalam bentuk pelbagai saiz dan berbeza mahar. Pun begitu tawaran harga masih mampu milik dan mampu bayar dengan jaminan barangan asli. Saiz bagi permata tersebut adalah:

a - 19 x 13 x 8 mm
b - 22 x 15 x 10 mm
c - 16 x 10 x 4 mm (On hold)
d - 16 x 11 x 4 mm
e - 11 x 10 x 4 mm

Monday, January 21, 2013

:: Untuk Perhatian Tn Fadli, KL :: (Telah ditebus)

 
Untuk Perhatian Tn Fadli, KL
Tempahan permata mani gajah (tertua) jadi batu siap dicanai tukang kami.

Friday, January 11, 2013

:: Koleksi Teramat Rare :: Mani Gajah Jadi Batu (Fosil tua)

 
 
 
Sebelum ini kami memiliki mani gajah yang menjadi batu seberat 13kg dan masih dalam simpanan kami lagi. Ini adalah stok terbaru yang diperolehi secara istimewa dan merupakan mani gajah menjadi batu yang tertua yang pernah kami perolehi. Mani gajah ini lebih keras daripada yang terdahulu namun tidak sekeras batu aked atau kristal yang dijual oleh penjual yang tidak beramanah. Ketulan ini mempunyai berat hampir 5kg dan di dalam pembikinan permata untuk tawaran kepada peminat semua.

Sunday, September 16, 2012

:: Mani Gajah :: Cerita Ceriti

Permata mani gajah yang ditawarkan oleh pemuda itu
Antara yang biasa dijual biasanya batu bukit atau aked
Mani gajah asli dalam bentuk potongan kiub (berpasir dan kristal)
Kami nak kongsi cerita pasal mani gajah. Minggu lepas semasa mencari barang di bandar Kota Bahru tetiba adalah seorang hamba Allah katanya daripada Rantau Panjang datang menghampiri kami. Ditunjukkan sebiji permata dan ditawarkan kepada kami. Katanya permata mani gajah asli dan tawaran harga RM180. Setelah membelek dalam hati kami ini batu aked .. bukan mani gajah ... tapi sebab tak nak sakitkan hati kami meminta kurang. Setelah proses negotiation tamat rupanya dibagitau beliau dia sebenarnya nak pakai duit dan meminta kami bayar RM13 sahaja. Pada mulanya kami menolak tetapi memandangkan beliau mendesak meminta tolong kami akhirnya memberi duit itu sebagai sedekah baginya. Mungkin ini terjadi kepada peminat blog juga. Paparan gambar di atas merupakan batu tersebut dan dibuat perbandingan dengan yang lain. Sekadar berkongsi.

Saturday, April 17, 2010

Mani Gajah Jadi Batu - Betul ke asli??






Ramai yang SMS saya bertanyakan perihal mani gajah yang saya maharkan. Rata-rata dikalangan peminat blog musykil samada mani gajah yang saya paparkan asli atau tidak kerana perbezaan yang ketara dengan mani gajah yang dimaharkan oleh blog yang lain.

Oleh kerana itu saya rasa terpanggil untuk membuktikan bahawa mani gajah jadi batu yang saya maharkan adalah asli dan tentang barangan blog lain saya tidak akan sentuh mengenainya (lain orang lain barang yang diperolehi). Mani gajah jadi batu yang saya miliki mempunyai 2 bentuk yang berlainan satu dalam bentuk melekit berpasir (yang dimahar dalam bentuk keping) dan satu lagi dalam bentuk kristal berpasir (yang dimahar dalam bentuk serbuk).

Paparan yang saya tunjukkan diatas adalah merupakan mani gajah jadi batu yang rasanya bagi saya bersaiz besar dan belum pernah diperolehi oleh orang lain (setelah diselidiki di internet). Berat mani gajah paparan saya adalah 13kg dan setakat ini yang ada diinternet paling besar adalah 3kg daripada Indonesia. Mani gajah jadi batu ini jika dipegang seolah-olah melekit seakan lilin dan untuk memecahkannya pemotong permata diperlukan selain menggunakan penukul (hancur la). Selidikilah gambar diatas untuk mendapat jawapannya kerana bagi saya dalam bidang ini kejujuran adalah amat penting disamping memaparkan dalam bentuk asal bagi tujuan perbandingan dan pengesahan.