Showing posts with label cincin jarum mas putih. Show all posts
Showing posts with label cincin jarum mas putih. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Cincin Gabungan Batu Jarum Mas Putih & Perang Gred A (Telah ditebus)






Koleksi terbaru yang diperolehi adalah cincin perak tempahan khas yang digabungkan dengan permata batu jarum mas putih & perang gred A. Inclusion adalah jelas dengan air yang jernih seolah-olah kanta pembesar.

Permata ini dicanai tanpa membuang lapisan bawah batu dimana sekiranya dilihat secara dekat akan kelihatan seakan dasar laut dengan pasir dan batu karang. Permata istimewa ini diperolehi secara istimewa dan tukang canai permata di Kota Bharu mengatakan kepada kami permata ini merupakan 1 dalam 5,000 permata yang diperolehi ekoran gabungannya yang teramat sempurna. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang mampu dengan mahar mampu milik dan mampu bayar.
** Terima kasih En Firdouz, Kuching **

Saturday, April 3, 2010

Cincin Permata Jarum Mas Putih (Tempahan khas)


Cincin perak tempahan istimewa bertatahkan berlian swiss 6 biji dengan ikatan kuku suasa digabungkan dengan permata jarum mas putih gred A. Amat menarik dan gabungan yang teramat sesuai. Permata dengan ikatan kuku suasa menyerlahkan cincin yang dipakai. Sila SMS sekiranya berminat.

Saturday, February 20, 2010

Cincin Batu Jarum Mas Perang Gred 1



Cincin perak dengan ukiran pahat jawa beserta lilitan berlian swiss bertatahkan permata batu jarum mas perang gred 1. Permata ini telah dicanai dengan amat sempurna sekali (zero defect) dimana tiada kesan retakan didalam permata ini. Jarum mas perang didalam (perfect inclusion) teramat jelas dengan gabungan air permata yang begitu jernis sekali. Jarum mas perang didalam membentuk seakan bulu ayam yang dicarik.

Cincin ini bersaiz 22 dengan saiz permata batu jarum mas : panjang 20mm x 15mm x 8mm. Rekabentuk cincin dengan permata ini bagaikan "ngam" sekali seperti kata pepatah seperti isi dan kulit. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.