Showing posts with label batu geliga. Show all posts
Showing posts with label batu geliga. Show all posts

Friday, January 13, 2012

:: Koleksi Permata Rare dan Istimewa :: Cincin Permata Misteri 4

geliga
Permata misteri 4 ini digabungkan dengan cincin perak aloi buatan tukang perak Kelantan. Disudut cincin diletakkan permata berlian swiss. Permata ini tidak dapat dinyatakan nama sebenar atas permintaan guru kami. Cuma apa yang boleh kami kongsikan permata ini sekiranya diletakkan di lidah akan terasa sesuatu menghisap atau menggigit secara halus. Merupakan batu penawar.

Tuesday, March 30, 2010

Kemuning Hitam Jadi Batu...



Alhamdulillah .. terdapat beberapa koleksi terbaru yang telah perolehi setelah bersusah payah selama 1 malam disebuah gunung dihutan Pahang pada minggu lepas. Telah diizinkan oleh ALLAH swt untuk mendapatkan beberapa barangan (akan diposting dalam masa terdekat) lain daripada yang lain pernah dipaparkan didalam blog ini maupun diblog yang lain.

Koleksi yang pertama dipilih untuk dipaparkan adalah kemuning hitam jadi batu sebagaimana gambar yang diletakkan diatas (bukan kebiasaan yang banyak dijual diperolehi daripada Indonesia). Ini adalah sebahagian daripada pokok yang diperolehi dan mungkin bahagian yang lain akan menyusul sekiranya ada rezeki saya pada masa akan datang. Jika dibandingkan dengan kemuning hitam kayu biasa ternyata tiada beza yang dapat diungkapkan. Semuanya adalah sama.

Bagi memenuhi permintaan peminat blog sebahagian daripada kemuning hitam jadi batu ini telah diposkan kepada tukang canai permata di Kelantan bagi menghasilkan permata cincin. InsyaALLAH dalam masa terdekat sekiranya siap akan dipaparkan untuk semua.

Friday, March 26, 2010

Permata Pelik Milik Sahabat :: Tahi Ayam Jadi Batu ::


Jika disebut akan nama permata ini sudah pasti bunyinya agak kelakar dan melucukan. Inilah yang terjadi jika diberitahukan akan nama permata ini. Permata ini adalah "tahi ayam jantan" jadi batu milik seorang sahabat saya. Di Pantai Timur ianya lebih dikenali sebagai "tahi ayam mone" yang mempunyai keharuman yang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata sekiranya terkena.

Pada asalnya ianya dalam bentuk setompok tetapi sahabat saya telah mengupah mencanai dan diabadikan dalam bentuk permata (cukup untuk satu biji sahaja). Sayang juga sebab saya sendiri tidak sempat mengambil gambar untuk dikongsi dalam bentuk asal. Namun jangan risau kerana jika dicium atau disentuh akan permata ini tiada bau yang akan melekat ditangan anda. Memang kelakar bunyinya. Sekadar untuk bahan ketawa tetapi sekiranya ada peminat blog yang ingin memilikinya bolehlah SMS saya. Apa khasiatnya ALLAHu' alam dan sekadar memuji akan ciptaanNya.
Nota:
Tahi ayam mone jika dicalitkan ke keris dan digunakan untuk menikam pihak lawan ianya akan menjadi bisa yang teramat kuat ekoran sifat semulajadinya yang boleh merosakkan organ dalaman manusia.