Permata terbaru adalah batu aked Mekah Lam Jalallah @ Lam Alif. Huruf Lam Alif ini wujud secara semulajadi dimana ianya terhasil daripada urat batu secara alami. Permata Lam Alif sebegini amat sukar diperolehi. Permata ini bersaiz 20mm x 13mm x 6mm.
Permata aked Lam Alif atau juga dikenali sebagai Lam Jalallah ini berasal daripada Mekah. Merupakan koleksi terbaru yang saya perolehi (milik peribadi) dan TIDAK DIMAHARKAN kepada sesiapa walaupun ada yang sudah sanggup membayar dengan harga yang tinggi.
Keaslian Lam Alif urat batu yang timbul adalah bukti kekuasaan ALLAH swt. Akan datang pelbagai koleksi batu aked asli langsung daripada Mekah untuk peminat blog dengan pelbagai keunikannya. InsyaALLAH.