Thursday, August 12, 2010

Permata Moonstone @ Batu Bulan (Telah ditebus)




Permata ini dalam istilah batu permata dikenali sebagai Moonstone dan dinegara jiran biasanya dikenali sebagai Biduri Bulan. Batu ini dipanggil sedemikian kerana jika dipaparkan kepada cahaya dan kedudukan bersesuaian ianya kan mengeluarkan warna seakan biru metalik atau seolah cahaya bulan ditengah malam.

Pada masa dahulu batu ini amat mistik diIndia sehingga dikatakan mempunyai misteri kepada pemakainya begitu juga dibeberapa negara asia yang mempunyai pelbagai cerita tentang khasiatnya. Kebanyakan pemakai cincin diMalaysia hanya memakai sebagai pemanis jari disamping menghayati akan keunikan perubahan pembalikan semulajadi ciptaan ALLAH disamping khasiatnya yang tersendiri. Permata ini bersaiz 11mm x 11mm x 4mm dengan berat 4 carat.

1 comment:

  1. tumpang tanya, macam mana nak cari moonstone ya. saya interest sangat nak dapatkan satu

    ReplyDelete