Permata ini bersaiz antara 10 sen hingga 20 sen. Gabungan yang dibuat adalah fosil teras mali, fosil kayu penawar, kursani kuning, fosil kayu tas dan batu petir.
Wednesday, September 24, 2014
Tuesday, September 23, 2014
:: Produk Istimewa :: Gelang gabungan 14 teras
Gelang gabungan 14 jenis teras ini teramat menarik dan cantik. Setiap biji bersaiz hampir 10 sen. Antara gabungan 14 jenis teras adalah teras ibol, teras gemunggal, teras abanoh, teras keluat, ular cintamani hitam, buluh tumpat, sulur bertam, kemuning hitam, teras asam jawa, damar minyak, kayu iblis takut, teras pelas, teras laka dan teras hitam arang.
Monday, September 22, 2014
:: Tawaran Cincin Terbaik :: Cincin Perak Permata Delima Burma Saiz 50 sen
Cincin perak pahat bunga jawa kuku W
Permata delima Burma saiz 50sen. Saiz cincin 19
Harga special RM2xx
#kayudanteras
Friday, September 19, 2014
:: Permata Pilihan :: Permata Gabungan Ular Cintamani Hitam + Kayu Ikhtiar Saka (Telah ditebus)
Permata ini dibuat bagi tujuan pemakaian diri untuk peminat yang selalu memasuki hutan. Permata ini bersaiz 10sen. dan sesuai bagi tujuan mengelakkan gangguan makhluk halus yang tidak diingini.
Thursday, September 18, 2014
:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Permata Gabungan Istimewa Pakaian Diri (Telah ditebus)
Cincin perak tangkai kendi kuku lipan halus digabungkan dengan permata gabungan fosil dan batu. Dibuat bersesuaian bagi tujuan pemakaian diri. Antara gabungan adalah batu kursani kuning, kursani emas, batu petir 3 jenis, batu Tok Wali, fosil buluh tumpat, teras gemunggal dan batu lelah. Beminat SMS/WA untuk tawaran istimewa.
Wednesday, September 17, 2014
:: Cincin Istimewa dan Terbaik :: Cincin permata kemuncup dalam batu
Cincin perak ini digabungkan dengan koleksi permata istimewa dan dalam kategori permata terbaik. Di dalam permata itu terdapat bunga kemuncup yang boleh dilihat secara nyata sebagaimana gambar di atas. permata ini merupakan permata isitmewa dalam kategori geliga dan boleh digunakan bagi tujuan ikhtiar perubatan.
Yang peliknya gambar pertama dan ketiga menunjukkan permata yang diperolehi dalam bentuk asal dan gambar kedua dan ke empat adalah gambar setelah dipakai selama hampir setahun. Terdapat perbezaan yang ketara dan perubahan yang dialami boleh difikirkan dengan logik akal. Semuanya adalah menunjukkan kebesaran ALLAH swt. Sekiranya berminat ianya adalah untuk dimaharkan dengan tawaran harga MAMPU MILIK.
Monday, September 15, 2014
:: Permata Istimewa :: Permata Fosil Sabut Kelapa Buta
Sebelum ini pernah dipaparkan fosil buah kelapa buta yang mana apabila dipotong oleh kami akhirnya yang diperolehi adalah 100% sabut tanpa tempurung kelapa buta. Ini adalah sebahagian permata yang dihasilkan bagi tujuan jualan kepada peminat blog.
:: Untuk Perhatian EN Zaikhan, Johor :: (Telah ditebus)
Untuk Perhatian EN Zaikhan, Johor
Cincin perak pahat bunga jawa digabungkan dengan permata zamrud Colombia.
Friday, September 12, 2014
:: Posting Khas :: Tawaran memiliki BERTAP (sanggul Tuan Puteri)
Nota:- yang besar (ibu bertap) tidak dijual
Di bumi Kelantan barang ini dikenali sebagai bertap ataupun juga sanggul Tuan Puteri. ianya berbentuk seperti rambut dan mempunyai pelbagai warna seperti hitam, emas, kuning, putih dan sebagainya. Bagi yang mengetahui cerita dan asal usulnya, barangan ini mengikut kitab tua dikatakan hidup dan boleh membesar secara alami dengan syarat yang tertentu seperti dimandikan embun, diletakkan minyak agar kelihatan basah berminyak dan sebagainya.
Menurut kitab lama, disebabkan ianya hidup maka ianya digunakan bagi tujuan ikhtiar pelarisan kedai dengan gabungan amalan khusus. Amalan dan pantang larang akan diberikan kepada yang menebus barangan ini daripada kami. tawaran harga adalah MAMPU MILIK.
Thursday, September 11, 2014
:: Tawaran Istimewa :: 2 Permata Fosil Teras Gemunggal Dalam 1 Harga (RM1XX)
Permata loket daripada fosil teras gemunggal untuk ditawarkan dengan satu harga istimewa. SMS atau Whatappas untuk mengetahui harga.
Wednesday, September 10, 2014
:: Koleksi Terpilih :: Permata Kayu Ikhtiar Saka
Jaminan kami inshaaAllah dengan izinNya ikhtiar ini amat berkesan. Adalah amat baik jika digabungkan dengan rukyah sebagai bacaan dalam perubatan. Pengalaman kami apabila rapat sahaja dengan pesakit kerasukan Alhamdulillah dengan izin Allah swt terus pesakit sembuh dengan izin Allah swt. Getaran aura alami yang dimiliki oleh kayu ikhtiar saka menunjukkan kebesaran ALLAH swt dan membuktikan ciptaanNya adalah tidak sis-sia bagi mereka yang mahu memikirkannya.
Tawaran harga MAMPU MILIK untuk semua.
:: Koleksi Permata Istimewa :; Permata Firus Jalur Mas Mekah
Atas kiri dan purple telah ditebus.
Permata jalur emas Mekah jualan penghabisan stok dengan tawaran harga istimewa untuk peminat blog. SMS atau Whatapps untuk harga.
Tuesday, September 9, 2014
:: Koleksi Terbaik :: Gelang Pelbagai Fosil Saiz XL
Gabungan beberapa jenis fosil seperti teras gemunggal, pisang galo, 5 jenis buluh tumpat, teras kekabu dan gemunggal.
:: Koleksi Terbaik dan Terkini :: Kayu Ikhtiar Saka
Kayu yang diperolehi ini merupakan makhluk yang telah dijadikan oleh ALLAH swt di atas muka bumi bagi kegunaan manusia. Kayu ini dinamakan kayu ikhtiar saka kerana inshaaAllah penggunaannya secara alternatif boleh menghalang atau membuang saka di dalam diri seseorang berdasarkan rujukan yang dibuat oleh kami menggunakan kitab lama.
Selain kegunaan tersebut kayu ini juga berperanan bagi membuang makhluk halus (histeria, kesampukan dll) berupa jin, syaithan dan iblis secara alami dengan kekuaasaan Allah swt. Kami telah menguji dan inshaaAllah dengan izinNya setakat ini semuanya menjadi. Untuk dimaharkan dengan mahar mampu milik untuk semua dalam bentuk permata siap.
Monday, September 8, 2014
:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Gabungan Fosil dan Batu (Telah ditebus)
Gabungan teramat special (saiz besar dgn harga istimewa). Permata campuran pelbagai jenis fosil dan batu dipasak solid meteorite. Antara gabungan- fosil buluh tumpat, keluat darah, firus emas Mekah, kursani emas, kursani kuning, batu Tok Wali, teras gemunggal dan batu petir 2 jenis.
Sunday, September 7, 2014
:: Koleksi Terbaik :: Gelang Pelbagai Fosil Saiz S (Telah ditebus)
Gelang pelbagai gabungan fosil bersaiz S. Antara fosil yang ada lebih 7 jenis buluh tumpat, teras gemunggal, kokka Mekah, kemuning kuning, kekabu dan damar minyak. Harga istimewa.
:: Koleksi Terbaik :: Gelang Gabungan Pelbagai Fosil
Gabungan beberapa fosil dalam satu gelang. Dengan pelbagai saiz S, M, L dan XL. Berminat sila PM atau SMS. Harga adalah special dan setiap satu akan dipaparkan dalam masa terdekat.
Thursday, September 4, 2014
:: Tawaran Istimewa :: Cincin Perak Lilit Berlian Permata Cat Eye (RM2XX)
Cincin perak pahat bunga jawa dengan lilit berlian swiss digabungkan dengan permata cat eye (warna putih susu) yang menarik. Saiz cinin adalah 20 dan untuk ditawarkan dengan harga termurah (RM2XX) bawah pasaran biasa.
Wednesday, September 3, 2014
:: Tawaran Istimewa :: Cincin Perak Permata Zamrud Colombia (Telah ditebus)
Cincin perak pahat bunga jawa sisi tepi dan berlian swiss tepi batu digabungkan dengan zamrud Colombia (3 carat). Tawaran harga bawah pasaran biasa.
:: Tempahan Istimewa :: Untuk Perhatian Bro Mat, Kelantan (Telah ditebus)
Untuk Perhatian Bro Mat, Kelantan
Permata istimewa gabungan lebih 10 fosil dalam satu permata sebagaimana yang di minta.
Subscribe to:
Posts (Atom)

































.jpg)
.jpg)















