Wednesday, March 24, 2010

Koleksi Permata Berwajah Pelik Juzuk 1


SEMUA GAMBAR YANG DIPAMERKAN TIDAK DIEDIT DAN DALAM BENTUK SALINAN ASAL
INI ADALAH PAPARAN CINCIN YANG TELAH DIMAHAHARKAN

Sepanjang penglibatan dalam menghasilkan batu permata pelbagai ceritera dan pengalaman telah dilalui bermulalah daripada batu permata yang biasa sehinggalah batu permata yang pelik dan ganjil. Sebagai contoh diantara batu permata itu terhasil tulisan Ayatul Quran dengan kalimah-kalimah tertentu. Pun begitu terdapat juga pelbagai gambaran aneh yang semestinya mempunyai rahsianya yang tersendiri.

Kewujudan ini menunjukkan akan kebesaran ALLAH swt dalam segala aspek ciptaanNya. Justeru itu marilah kita sama-sama berfikir dan merenung agar sekurang-kurangnya kita sedar siapakah diri kita yang bernama INSAN ini. Koleksi ini akan dipaparkan dalam beberapa juzuk dan akan dipilih untuk tatapan peminat blog.

Tuesday, March 23, 2010

Koleksi Loket Pilihan (Khas untuk Wanita)


Koleksi loket diatas diperbuat daripada perak asli dengan pelbagai reka bentuk yang menarik. Maklumat loket adalah seperti dibawah:

  • Loket A - loket batu opal Australia
  • Loket B - loket batu opal Australia (ada flash)
  • Loket C - loket teras gemunggal jadi batu (pasak besi kursani tahap 1, tahi bintang dan mani gajah) (Telah ditebus)
  • Loket D - loket teras gemunggal campur iaitu teras gemunggal hutan, teras gemunggal jadi batu dan teras gemunggal pulau (pasak besi kursani tahap 1, tahi bintang dan mani gajah) (Telah ditebus)
  • Loket E - loket teras gemunggal pulau gred A (pasak besi kursani tahap 1, tahi bintang dan mani gajah) (Telah ditebus)

Monday, March 22, 2010

Cincin Batu Cempaka Kuning @ Citrine


Ini adalah koleksi kedua cincin batu cempaka kuning @ citrine yang dipamirkan. Cincin bersaiz 17/18 dan bertatahkan berlian swiss dikiri dan kanan cincin. Digabungkan dengan bunga pahat mesin.

Sunday, March 21, 2010

Cincin Gabungan 2 Besi dan 3 Batu (UP seorang sahabat) (Telah ditebus)



UP Seorang sahabat yang telah menempah gabungan permata istimewa ini.
Permata Besi tahi bintang, besi leleh jalur, batu kursani kuning, batu kursani putih dan batu leleh.
** Terima kasih En Zakaria, Terengganu **

Thursday, March 18, 2010

Cincin Gabungan 2 Batu dan 2 Besi


Permata gabungan 2 batu dan 2 besi disatukan menjadi satu permata dan diikat dengan cincin perak tempahan khas. Gabungan batu adalah batu leleh dan batu kursani manakala gabungan besi adalah tahi bintang dan besi leleh jalur. Khasiat yang teramat istimewa dan hanya yang ahli dalam bidangnya sahaja yang mengetahuinya.

Tuesday, March 16, 2010

Koleksi Cincin Tahi Bintang @ Iron Meteorite (Telah ditebus)


Walaupun sibuk namun cincin tahi bintang ini masih sempat disiapkan untuk peminat blog. Cincin ini dibuat khas dengan kepelbagaian bentuk cincin, bentuk permata dan gabungan permata. Akan dipaparkan secara satu persatu bagi memudahkan peminat memilih cincin yang dikehendaki dalam posting keluaran akan datang.

Monday, March 15, 2010

Cuti Sekolah Mac 2010

Bagi semua peminat blog, saya berkemungkinan agak sibuk bersempena cuti sekolah ini. Posting terkini akan dibuat sekiranya mempunyai kelapangan untuk berbuat demikian.

Harap maklum. Bagaimanapun tempahan boleh dibuat dengan SMS kepada saya.

Friday, March 12, 2010

Cincin Batu Fairuz Hijau Tua (Telah ditebus)



Bagi peminat batu fairus, ini adalah koleksi lain dari yang lain yang pernah dipaparkan samada dalam blog ini ataupun dalam blog yang lain. Kebiasaannya batu fairus yang dipaparkan adalah berwarna muda dan kebanyakkannya dengan warna hijau turqouise muda.

Jika diperhatikan corak permata ini ianya seolah olah rumpunan dedaun hijau didalam permata ini. Warna hijau tua digabungkan dengan warna hijau muda menyerlahkan seakan corak lukisan dedaun abstrak. Saiz cincin adalah 18 dengan saiz permata 20mm x 15mm x 7mm.

Wednesday, March 10, 2010

Bunga Serai Kampung @ Serai Berbunga



Buat peminat blog yang belum pernah melihat bunga serai, paparan diatas adalah bunga serai kampung. Dalam posting akan datang saya akan memaparkan bunga serai wangi bagi tujuan perbandingan. Ramai yang mencari bunga serai ini bagi tujuan pelarisan, minyak pengasih dan sebagainya. Pun begitu bunga ini TIDAK DIMAHARKAN kepada peminat blog. Harap maklum.

Tuesday, March 9, 2010

Cincin Batu Cindai (Permata saiz kecil)


Cincin ini baru disiapkan oleh tukang perak dari Kelantan. Permata menggunakan batu cindai bersaiz kecil dengan sinaran warna seakan kain cindai merah bersulam emas. Saiz permata adalah 16mm x 12mm x 7mm. Cincin pula bersaiz 18.

Monday, March 8, 2010

Bulu Perindu @ Misai Ali @ Janggut Adam





Jika didengar pada nama sememangnya tumbuhan ini terdiri daripada golongan barangan yang sukar dicari dan mempunyai keistimewaan yang tinggi. Bagi yang tahu dan kenal akan tumbuhan ini sebenarnya ia amat mudah untuk diperolehi. Terutamanya dikawasan bukit dan gunung.

Pun begitu ianya mempunyai khasiat yang teramat tinggi yang melibatkan kearah pengasihan. Justeru itulah ianya amat terkenal di Kalimantan sebagai jalan ikhtiar dijadikan minyak pengasih. Kebiasaannya kebanyakan orang akan meletakkan tumbuhan ini kedalam air dan ianya akan bergerak @ bertindak balas antara satu sama lain.

Tidak banyak yang mengetahui bahawa tumbuhan ini juga amat mujarab bagi mengubati penyakit stok (lumpuh sebelah badan) dan selain itu bagus untuk lelaki yang lemah shahwat ataupun mati pucuk. Untuk peminat blog saya paparkan tumbuhan ini dalam bentuk pokok asal (mana ler tau kot kot terjumpa). Sekadar berkongsi ilmu ALLAH swt.

Sunday, March 7, 2010

Lagi.. Permata Jarum Mas Air Jernih



Saya mempunyai banyak koleksi permata Jarum Mas putih dengan gred yang terbaik. Permata yang dipaparkan mempunyai air yang teramat jernih (loupe clean) dengan keadaan batu yang dicanai teramat sempurna dan tiada retak (zero defect). Kehadiran Jarum Mas (acicular inclusion) yang teramat jelas menambahkan lagi seri permata ini.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat samada dalam bentuk permata ataupun dalam bentuk siap cincin.

Saturday, March 6, 2010

Cincin Batu Tahi Bintang @ Meteorite (Saiz S) (Telah ditebus)



Inilah cincin perak bertatahkan permata batu tahi bintang @ meteorite bersaiz S. Cincin bersaiz 18 dengan ukiran seakan tangga. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Gombak **

Friday, March 5, 2010

Akhirnya Siap Cincin Batu Cempaka Kuning (Telah ditebus)



Alhamdulillah, akhirnya siap cincin batu cempaka kuning untuk dimaharkan kepada peminat blog. Sebelum ini dipaparkan batu cempaka kuning asli dalam bentuk mentah. Ramai yang bertanyakan saya agak mustahil untuk dijadikan permata ekoran saiznya yang agak kecil.

Bagi membuktikan kepada peminat blog paparan ini menunjukkan saiz batu cempaka dalam bentuk asal @ mentah dan daripada saiz yang kecil inilah telah dibentuk dengan proses canaian menjadi permata. Hanya tukang yang mahir dalam proses pemotongan dan canaian sahaja yang boleh berbuat demikian. Akhirnya jadilah cincin siap sebagaiman paparan diatas.
** Terima kasih En Ahmad Saiful Amiruddin, Cyberjaya **

Thursday, March 4, 2010

Aroma Kasturi



Seorang sahabat telah meminta saya mengetengahkan satu produk yang berasal daripada Mekah dan Madinah dan telah diberikan nama "Aroma Kasturi" ekoran ianya dibuat daripada minyak kasturi. Baunya teramat sedap dan agak manis sekali. Berbentuk buku seperti sabun tetapi ianya bukan sabun mandian.

Digunakan sebagai haruman selepas mandi dimana ianya digosokkan dibadan bagi mengekalkan keharuman sepanjang hari. Untuk dijual dengan harga RM 26 (seunit) termasuk belanja pos untuk Malaysia, Singapura dan Brunei.

Tuesday, March 2, 2010

Batu Cempaka Kuning @ Citrine


Koleksi terbaru yang diperolehi adalah batu cempaka kuning yang belum dijadikan permata. Batu ini adalah daripada gred yang biasa dan bukan daripada gred A. Pun begitu gred A akan dipaparkan pada masa hadapan. Batu yang diperolehi ini dalam bentuk asal dan akan diabadikan sebagai permata dalam masa terdekat.

Selain itu batu ini juga akan dihadiahkan kepada peminat blog yang berurusan dengan saya secara PERCUMA (dengan setiap pembelian barangan daripada blog).

Monday, March 1, 2010

Cincin Batu Tahi Bintang @ Meteorite (Tempahan Istimewa) (Telah ditebus)



Cincin batu tahi bintang ini bersaiz agak besar (saiz SL ~ melebihi 25mm) tempahan istimewa peminat kayudanteras daripada Klang. Mahar untuk batu tahi bintang bergantung kepada saiz permata disamping berat carat yang ditimbang (pun begitu mahar mampu milik dibawah harga pasaran biasa).

Mahar cincin ini walaupun agak tinggi daripada mahar saiz biasa tetapi telah dipersetujui dan mampu milik oleh pembeli cincin ini. Alhamdulillah, dengan ketekunan tukang canai saya (walaupun mengambil masa yang lama) beliau telah dapat menghasilkan permata batu tahi bintang yang berkilat (boleh buat cermin) dan kelihatan teramat sempurna sekali. Akan dihantar secepat yang mungkin.
** Terima kasih En Fauzi, Klang **

Saturday, February 27, 2010

Cincin Jarum Mas Kuning (Telah ditebus)



Cincin Jarum Mas kuning dikira "best in the class" ekoran bentukan jarum mas kuning (inclusion) didalamnya yang teramat jelas dan terang. Air permata ini juga teramat jernih (clean) seolah-olah jarum didalam kaca (asli ni bukan kaca).

Wednesday, February 24, 2010

Cincin Batu Cindai "Special Cutting"



Untuk dimaharkan cincin batu cindai "special cutting" dengan ikatan bungkus penuh. Warna cindai merah emas penuh bergaya dan menawan. Cincin bersaiz 18 dengan saiz permata 22mm x 13mm x 3mm.

Monday, February 22, 2010

Cincin Batu Cindai Emas





Sebelum ini dipaparkan batu cindai sebagai koleksi yang sukar diperolehi. Cincin perak tempahan khas ini akhirnya disiapkan oleh tukang perak daripada Kelantan dengan rekabentuk tangkai kendi kuku W. Cincin ini bersaiz 17 digabungkan dengan permata batu Cindai Emas. Dipanggil dengan nama batu Cindai Emas ekoran warnanya yang keemasan. Batu ini bersaiz 18mm x 13mm x 8mm.

Sunday, February 21, 2010

Minyak Zaffaron @ Saffron 2ml

Mahar Mampu Milik RM150.00

Untuk dimiliki minyak Zaffaron dalam botol bersaiz 2ml. Untuk pelbagai kegunaan terutamanya berkaitan perubatan Islam. Semua minyak Zaffaron milik saya dimasukkan ibu minyak atau bunga "crocus sativus linneaus" sebagai membuktikan keaslian minyak ini.

Dalam pada itu bunga ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dimana ahli dalam minyak ini sahajalah yang mengetahuinya. Setiap pembelian akan diberikan cara-cara untuk menggunakannya sebagaimana yang telah dirujuk didalam kitab lama.

Saturday, February 20, 2010

Saffron @ Zaffaron - Inilah rupanya


Inilah rupanya bunga "crocus sativus linneaus" yang terkenal dengan jolokan Emas Padang Pasir ataupun Raja Herba. Kalau dalam menghasilkan minyak Zaffaran bunga ini dikenali sebagai ibu minyak Zaffaran. Alhamdulillah .. dengan bantuan seorang sahabat saya dapat memilikinya. Baunya seakan-akan manis masam sedikit. Sekadar berkongsi pengetahuan.

Besi Leleh Jalur - Koleksi Permata Terbaru


Ini merupakan koleksi permata besi leleh jalur yang baru sahaja disiapkan oleh tukang canai permata. Terbuka untuk ditempah oleh sesiapa sahaja yang berminat. Maklumat permata adalah seperti dibawah:

Bermula dari kiri:

P 25mm L 12mm T 12 Berat 37 carat
P 22mm L 13mm T 8 Berat 30 carat
P 25mm L 13mm T 6 Berat 24.5 carat
P 19mm L 13mm T 9 Berat 24 carat
P 18mm L 11mm T 8 Berat 12 carat (Telah ditebus)
** Terima kasih En Zulhazli, Balakong **