Friday, June 27, 2014

:: Untuk Perhatian En Mohd Zin, Johor :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian En Mohd Zin, Johor
Permata batu jarum mas gred A.

:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Permata Delima Mozambiq Air Sirap



Cincin perak lilit berlian swiss dengan kuku w daripada suasa digabungkan dengan permata delima Mozambiq air sirap. Saiz cincin 19.

Tuesday, June 24, 2014

:: Koleksi Cincin :: Cincin Batu Cindai @ Pietersite




Cincin koleksi terbaru kami adalah digabungkan dengan batu cindai merah istimewa dengan gabungan pelbagai warna dan sesetengah sahabat kami menamakannya batu cindai pancawarna (sebab kehadiran lebih 5 warna). Cincin perak tempahan khas ini diperbuat oleh tukang perak terkenal Kelantan dengan ukiran bunga pahat jawa bertebuk diserikan dengan batu permata berwarna "light purple" disudut kiri, kanan, depan dan belakang cincin ini.

Cincin in bersaiz 22 dengan saiz batu lebih kurang 50 sen. Gabungan warna batu cindai dengan keindahan ukiran cincin ini memantapkan seri kedua-duanya. Untuk dimaharkan kepada peminat blog yang berminat.

Thursday, June 19, 2014

:: Permata Pilihan :: Permata Nilam Saiz Kecil

Permata nilam saiz kecil dalam 2-3 carat untuk dimaharkan dengan harga teristimewa. Berminat sila SMS

Wednesday, June 18, 2014

:: Koleksi Cincin :: Cincin aked pusu @ aked zabarjad @ aked 8 (Telah ditebus)



Cincin tangkai kendi pahat bunga jawa dengan permata aked pusu. Saiz cincin 19. Berminat sila SMS.

Monday, June 16, 2014

:: Permata Pilihan :: Permata Aked Kabus Awan



Permata ini bersaiz lebih daripada 50 sen untuk ditawarkan dengan harga istimewa.

Friday, June 13, 2014

:: Koleksi Permata :: Permata Serai Cutting @ Zircon Emas Raja


Permata serai cutting warna emas raja bersaiz 5 sen @ RM40 termasuk pos untuk Malaysia

Thursday, June 12, 2014

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, KL :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian Hamba Allah, KL
Cincin perak pahat bunga jawa tebuk dengan 6 jenis buluh tumpat.

:: Untuk Perhatian Abg Ibrahim, KL :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian Abg Ibrahim, KL
Cincin tangkai kendi pelana kuda diikat permata fosil hati unta mekah.

Monday, June 9, 2014

:: Koleksi Cincin :: Cincin Permata Delima Afrika Johnson (Telah ditebus)


Cincin perak pahat bunga jawa kuku w digabungkan dengan permata delima Afrika Johnson bersaiz 10 sen (berat tak timbang) untuk di maharkan dengan harga istimewa.

Tuesday, June 3, 2014

:: Koleksi Permata Rare dan Istimewa :: Cincin Permata Misteri

geliga
Permata misteri ini digabungkan dengan cincin perak aloi buatan tukang perak Kelantan. Disudut cincin diletakkan permata berlian swiss. Permata ini tidak dapat dinyatakan nama sebenar atas permintaan guru kami. Cuma apa yang boleh kami kongsikan permata ini adalah daripada spesis geliga sejenis binatang yang ada disebut di dalam Al Quran. Sekiranya diletakkan di lidah akan terasa sesuatu menghisap atau menggigit secara halus. Merupakan batu penawar.

Sunday, June 1, 2014

:: Koleksi Terbaik :: Fosil Buluh Tumpat Merah



Koleksi terbaik yang diperolehi adalah fosil buluh tumpat merah. Dinamakan sedemikian kerana bila dicanai batunya berwarna merah. Berminat untuk permata sila PM.