Thursday, November 28, 2013

:: CINCIN TERBAIK :: Cincin Daun Buluh Dalam Batu


Cincin ini merupakan barangan teramat rare dan mempunyai kisah tersendiri. Daun buluh berada dalam permata ini dan ianya merupakan daun buluh asli. Boleh diuji keaslian dan sekiranya tidak benar atau bukan asli pemulangan mahar akan diberikan. Tergolong dalam kategori barangan pelik dan misteri.

:: Tasbih Terpilih :: Tasbih 33 biji Fosil Buluh Hijau



Tasbih ini merupakan tasbih saiz kecil dan senang untuk di bawa ke mana-mana. Diperbuat daripada gabungan 3 jenis bahan iaitu buluh hijau jadi batu, kayu ular cintamani hitam dan kemuning hitam. Makmum daripada buluh hijau jadi batu manakala bilal daripada ular cintamani hitam dan kepala imam daripada kayu kemuning hitam.

Tuesday, November 26, 2013

:: Gemunggal Jadi Batu :: Fosil Gemunggal Terendam Dalam Air

Permata ini merupaka pokok gemunggal yang terendam dalam air sekian lama dan menjadi batu. Boleh dikatakan sebagai gemunggal terendam adalam air jadi batu. Dicanai dalam potongan melintang dan warna batu kebiasannya adalah putih dengan rona urat gemunggal berwarna hitam.

Monday, November 25, 2013

:: Teras Gemunggal Pulau :: Alat Mengurut (Telah ditebus)



Teras gemunggal pulau dijadikan sejenis alatan nagi tujuan urutan. Bersaiz standard alatan mengurut dan ikhtiar bagi memberikan interaksi respons kepada "client" yang ada memakai ilmu hitam atau membela yang tidak elok. Terhad kepada 3 unit sahaja buat masa ini dan akan dihadiahkan minyak teras gemunggal bagi setiap pembelian.

Friday, November 22, 2013

:: Koleksi Cincin:: Cincin Perak Marjan Putih (Telah ditebus)

Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 digabungkan dengan permata marjan putih. Mengikut khasiat bagus untuk perjalanan darah, pembentukan sel tubuh badan dan lain-lain lagi.

Tuesday, November 19, 2013

:: Koleksi Terbaharu :: Gelang Campuran 8 Jenis Teras


Gelang ini diperbuat daripada campuran lebih daripada 7 jenis teras terpilih. Sesuai bagi peminat blog yang tidak suka memakai cincin.

Monday, November 18, 2013

:: Kayu Ular Cintamani Putih ::



Kayu ular cintamni putih atau juga dikenali sebagai akar bahar putih. Dalam bentuk asal @ raw untuk tatapan peminat blog.

Friday, November 15, 2013

:: Koleksi Terbaik :: Permata Gabungan 3 Jenis Firus



Permata di atas merupakan gabungan 3 jenis firus daripada Mekah iaitu firus hijau jalur kursani, firus biru jalur emas dan firus merah jalur kursani. Tawaran harga istimewa.

Thursday, November 14, 2013

:: Cincin Terbaik :: Cincin Zamrud Colombia Terbaik



Cincin perak dengan ukiran pahat bunga jawa sudut tepi dan kuku w diperbuat daripada suasa. Saiz cincin adalah 19 dan saiz permata adalah lebih kurang syiling 20 sen (biasanya jarang permata zamrud yang besar) dengan warna hijau tua terbaik.

Wednesday, November 13, 2013

:: Koleksi Terbaik :: Permata Batu Leleh @ Leklai @ Hematite Bukit Nuri (On hold)


Permata ini bersaiz 50 sen dan dicanai dalam bentuk asal @ corak purba. untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Harga Istimewa ....

Monday, November 11, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Perak :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian hamba Allah, Perak
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 digabungkan dengan permata teras mali.

Friday, November 8, 2013

:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Tasbih Campuran Ular Cintamani Emas dan Cintamani Hitam (Telah ditebus)



Tasbih 33 biji ini merupakan gabungan 2 jenis ular cintamani iaitu cintamani emas Laut Merah dan cintamani hitam Malaysia. Selain boleh digunakan  sebagai tujuan berzikir ianya juga mempunyai hubungan ikhtiar rezki dan pengasihan. Adalah disarankan agar gabungan zikir khas dan penggunaan tasbih ini bagi tujuan yang tersebut di dalam kitab lama. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Thursday, November 7, 2013

:: Koleksi Rare :: Fosil Teras Kayu Penawar

Kepingan fosil teras kayu penawar sebagai toolkit kecemasan untuk di maharkan. Ianya senang di bawa dan di simpan bagi tujuan penggunaan semasa kecemasan. Saiz kepingan fosil di atas adalah antara 10 sen (b dan e) hingga 20 sen (a,c,d,f,g).

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Kerinchi :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian Hamba Allah, Kerinchi
Tasbih ular 21 biji dengan iman dan bilal daripada kayu kemuning hitam. 

Wednesday, November 6, 2013

:: Koleksi Terbaru :: Permata campur buluh tumpat hitam dan kuning (Telah ditebus)


Permata ini merupakan campuran 2 jenis buluh tumpat jadi batu iaitu buluh hitam (raja segala buluh) dan buluh kuning. Saiz permata adalah besar syiling 50sen.

Tuesday, November 5, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Johor :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian Hamba Allah, Johor 
Permata fosil teras mali bersaiz hampir 50 sen sebagaimana gambar.

Friday, November 1, 2013

:: Koleksi Terbaik :: Fosil Kayu Penawar



Fosil yang dipaparkan merupakan fosil kayu penawar (bukan penawar hitam). Ia juga boleh dikenali sebagai batu penyedut bisa. Batu ini boleh menyedut bisa sengatan atau bisa sakit di tubuh manusia. Ianya melekat kuat sekiranya tempat yang diletakkan itu merupakan kawasan yang sakit yang ada kaitan dengan bisa. Inshaa Allah sebagai ikhtiar dan akan diabadikan dalam bentuk potongan sebagai "toolkit" keselamatan.