Thursday, October 31, 2013

:: Koleksi Terbaharu :: Cincin Zamrud Zambia (Telah ditebus)



Cincin perak pahat bunga jawa bertebuk dipadankan dengan permata zamrud zambia. Saiz cincin adalah 18.

Wednesday, October 30, 2013

:: Koleksi Terbaharu :: Cincin Perak Lilit Berlian Swiss Cempaka Kuning (Telah ditebus)




Permata batu cempaka kuning bersaiz 10 sen digabungkan dengan cincin perak lilit berlian swiss. Tawaran harga mampu milik.

Tuesday, October 29, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Johor Bharu :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian Hamba Allah, Johor Bharu
Permata batu leleh Bukit Nuri, Thailand saiz besar.

:: Koleksi Istimewa :: Loket Perak Fosil Mani Gajah Purba (Telah ditebus)


Mani gajah jadi batu ini dipadankan dengan loket perak dengan kuku crown. Berminat sila SMS untuk harga Mampu Milik mampu Bayar

Monday, October 28, 2013

:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Kayu Misteri Jadi Batu




Sebenarnya kayu ini mempunyai namanya yang sendiri tetapi bagi mengelakkan ketaksuban terhadap kayu ini maka adalah lebih wajar dan lebih baik kami namakannya sebagai kayu misteri. Kayu ini diperolehi dalam ketulan asal seperti gambar di atas. Bahagian luar adalah kulit kayu dalam keadaan asal dan bahagian dalam adalah teras. Antara khasiat kayu misteri ini adalah baik untuk pakaian tubuh badan terutama bagi kerjanya melibatkan keselamatan diri. Kayu ini adalah sebagai ikhtiar dan pelengkap disamping amalan seseorang dan inshaa Allah dalam keadaan tertentu pemilik akan mengetahui khasiatnya (Allah jua yang mengizinkan).

Friday, October 25, 2013

:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Tasbih Fosil 9 Jenis Buluh Tumpat




Koleksi terbaik untuk tatapan peminat adalah tasbih 9 jenis fosil buluh tumpat. Makmum terdiri daripada fosil buluh hijau, imam dan makmum terdiri daripada fosil buluh hitam yang merupakan raja segala buluh dan atas imam diletakkan 7 jenis fosil buluh tumpat yang lain. Untuk dimaharkan dengan harga mampu milik.

Thursday, October 24, 2013

:: Koleksi Terbaru :: Permata Batu Petir 7 Jenis


Permata ini merupakan gabungan 7 jenis batu petir api berlainan jenis dalam satu permata. Bersaiz besar lebih kurang syiling 20 sen. Tawaran harga istimewa untuk peminat blog.

Wednesday, October 23, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Shah Alam :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian Hamba Allah, Shah Alam
Permata batu dalam mulut buaya jadi batu bagi tujuan ikhtiar penyakit kulit.

:: Koleksi Terbaru :: Permata Batu Tahi Bintang

Permata ini merupakan batu tahi bintang (tidak melekat magnet). Saiz permata hampir 5 sen dan stok terhad untuk 3 biji sahaja.

Tuesday, October 22, 2013

:: Tawaran Istimewa :: Permata Zamrud Kalimantan


Tawaran istimewa amat murah berbanding harga biasa untuk zamrud kalimantan bersaiz 20 sen ini. Berminat sila SMS.

Monday, October 21, 2013

:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Meriam Pecah

meriam pecah




Koleksi terbaik dan teramat rare yang kami perolehi adalah meriam pecah dalam keadaan asal (belum dipotong). Meriam pecah ini berusia lebih 500 tahun dan diperbuat daripada besi yang terbaik. Selaian digunakan sebagai pakaian tubuh badan ianya juga amat bagus untuk dijadikan senjata seperti badik, keris dan sebagainya keranan mempunyai pamor yang cantik. Dalam masa terdekat akan diabadikan dalam bentuk permata namun mahar tawaran kami dalam kategori tinggi juga (barang asli). 

Friday, October 18, 2013

:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Permata Air Zamzam Jadi Batu


Permata ini merupakan air zamzam jadi batu yang diperolehi secara istimewa dengan izin Allah swt. Saiz permata ini adalah antara 5 hingga 10 sen. Tidak sesuai dijadikan batu permata sebaliknya bagu untuk ikhtiar perubatan bagi kebanyakan penyakit.

Thursday, October 17, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Brunei :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian Hamba Allah, Brunei
Cincin perak pahat keris bersilang dengan permata mani gajah purba jadi batu.

Wednesday, October 16, 2013

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Gelang Ular Cintamani Emas 2 (Telah ditebus)

Gelang ini merupakan koleksi ke 2 dan stok terakhir bagi gelang ular cintamani emas ini (buat masa ini).

Monday, October 14, 2013

:: Air Zamzam Jadi Batu :: Ujian Klinikal PH Air

Air zamzam merupakan air yang bersifat alkali dan memepunyai ph antara 7-8. Namun terdapat ujian yang dilakaukan ke atas air zam zam di Mekah memperolehi bacaan 14 iaitu bacaan maksimum bagi ujian ph. Ujian kami adalah selama lebih kurang 12 jam dimana air RO yang diletakkan batu zamzam berubah kepada sifat alkali. Pihak kami bukan ikut suka nak main letak nama bagi batu tetapi ianya memang namanya diberikan oleh pihak guru kami.

Friday, October 11, 2013

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Air Zamzam Jadi Batu

zamzam jadi batu, fosil zamzam

Koleksi rare ini merupakan air zamzam yang telah menjadi batu. Walau bagaimanapun ianya tidak boleh dijadikan permata cincin kerana rapuh dan hanya sesuai dijadikan ikhtiar bagi tujuan perubatan. Ketulan zamzam ini sekiranya dimasukkan ke dalam air dalam suatu jangkamasa inshaa Allah air tersebut akan berubah rasa seperti air zamzam yang diminum di Mekah. Antara khasiatnya adalah bagi menyembuhkan demam panas dan sebagainya sebagaimana hadis Nabi saw.

Ujian bagi membuktikannya (air zamzam adalah alkali) telah dibuat oleh seorang sahabat kami dan keputusan beliau akan diposting di dalam blog ini.

Thursday, October 10, 2013

:: Jenis-jenis Kayu Ular Cintamani (Coral) ::


Kayu Ular Cintamani Hitam (black coral)

Kayu Ular Cintamani Emas (gold coral)

Kayu Ular Cintamani Pink (pink coral)

Kayu Ular Cintamani Merah (red coral)

Sumber : Gambar daripada rujukan internet
Dikenali juga sebagai marjan dan akar bahar.


:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Gelang Ular Cintamani Emas Laut Merah (Telah ditebus)

cintamani emas



Inilah hasilnya gelang kayu cintamani emas yang berasal daripada Laut Merah. Berwarna keemasan dibahagian luar dan dalam kayu manakala bahagian luar kayu masih dikekalkan (ada bintik) dan bukan dilicinkan. Bahagian luar dan dalam sekata warna membuktikan ianya adalah asli (boleh di test di makmal). Mahar adalah mampu milik.

Wednesday, October 9, 2013

:: Kelebihan Air Zamzam ::

:: Koleksi Rare :: Kayu Ular Cintamani Emas (Gold coral)

Gambar di atas diperolehi daripada internet.
Inilah dia jika dibuat perhiasan. Cantik kan?

:: Koleksi Rare :: Kayu Ular Cinta Emas

Kebiasaannya kita mendengar kayu ular cinta mani hitam atau putih tetapi amat jarang kita mendengar kayu ular cintamani emas. Kayu ular cintamani ini amat sukar diperolehi dan kalau dirujuk hanya terdapat di beberapa laut di dunia terutamanya di kepulauan Hawai. Spesis ini hanya dapat diperolehi di laut dalam dengan kedalaman yang tinggi iaitu 1500 kaki ke atas. Menurut kajian sains ianya hanya membesar sebanyak 2 inchi bagi setahun. Istilah dalam sains adalah "coral" dan mempunyai beberapa warna seperti hitam, pink, merah dan emas.

Alhamdulillah kami telah diizinkan oleh ALLAH swt memperolehi kayu ular cintamani emas (gold coral). Asal kayu ini adalah daripada Laut Merah dan dalam masa terdekat akan dibuat gelang bagi tujuan memaharkannya kepada peminat blog. Sekali pandang seakan kayu yang disembur warna metalik emas tetapi kayu ini adalah asli dan boleh diuji di makmal bagi pengesahannya.