Monday, September 30, 2013

:: Untuk Perhatian En Zamzuri (Big Boss), Pahang :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian En Zamzuri (Big Boss), Pahang
Cincin perak tangkai kendi kuku lipan halus digabungkan dengan permata batu Bukit Tursina.

Friday, September 27, 2013

:: Koleksi Rare dan Terbaharu :: Buluh Hitam Tumpat Jadi Batu

 
fosil buluh hitam tumpat
Menurut kitab tua buluh hitam adalah berasal daripada negara Afrika dan daripada negara itulah ianya tersebar ke seluruh dunia. Buluh biasanya mempunyai ruang kosong di dalam kecuali yang tumpat. dengan izin ALLAH swt kami memperolehi buluh hitam yang juga tumpat dan telah menjadi batu daripada negara asalnya. Gambar di atas boleh dibuat perbandingan bagaimana rona dan bintik fosil ini tidak lari daripada yang asal.

Disebut akan khasiatnya untuk pakaian diri dan menghalang daripada sihir, santau dan yang berkaitan dengannya dengan izin ALLAH swt. Selain itu ianya juga dapat menghindarkan segala gangguan berkaitan makhluk halus dengan izin ALLAH swt. Permata akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Thursday, September 26, 2013

:: Koleksi Permata Istimewa :: Permata Aked Separuh Geliga


Permata ini merupakan dalam kategori aked namun separuh daripadanya adalah geliga. Jika dilihat pada permata ini terdapat 3 lapisan iaitu bahagian atas, tengah dan bawah. bahagian atas merupakan bahagian berubah wajah dan warna, tengah dalam bentuk biasa dan bawah adalah putih. Mempunyai khasiat yang tersendiri.

Wednesday, September 25, 2013

:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Batu Leleh Bukit Nuri


Kiri on hold
Permata batu Bukit Nuri ini merupakan batu yang solid dan mempunyai kilatan yang menarik. Permata bersaiz 5 sen.

Tuesday, September 24, 2013

:: Koleksi Terbaik :: Permata Aked Yaman untuk Loket Wanita




Permata ini merupakan batu aked yaman gred terbaik dengan warna purple yang menyerlah. Permata sesuai untuk dijadikan loket wanita.

Friday, September 20, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH :: (telah ditebus)


Untuk Perhatian Hamba ALLAH
Cincin perak kuku 6 pahat bunga jawa hasil tangan tukang Morat, Tumpat.

Thursday, September 19, 2013

:: Untuk Perhatian Syeikh Masagoes :: (Telah ditebus)




Untuk Perhatian Syeikh Masagoes
Cincin tangkai kendi pahat bunga jawa digabungkan dengan permata teras gemunggal coklat 2 lapis.

Tuesday, September 17, 2013

:: Tawaran Harga Borong :: Fosil Teras Gemunggal Terbaik




Fosil teras gemunggal ini hitam keseluruhan dengan ukuran panjang 16mm x 6mm x 5mm. Bahagian putih merupakan bahagian gubal atau kulit luar yang juga menjadi batu. Untuk ditawarkan dengan harga borong istimewa dan potongan ini boleh memperolehi sebanyak 60 biji permata bersaiz 10 sen. Fosil ini dijamin asli dan boleh disemak dengan ahli gemologi.

:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Batu Tumbuh Tapak Wali

Permata ini merupakan batu tumbuh daripada bekas tapak kaki wali Allah yang diperolehi dalam sebuah gua. Semua tapak kaki beliau yang menyentuh tanah dengan izin ALLAH swt bertukar menjadi batu tumbuh ini dan bekas tapak kaki beliau boleh dilihat jejaknya dengan kehadiran batu ini. Permata bersaiz hampir 20 sen.

Saturday, September 14, 2013

:: Permata Baharu :: Permata Kecubung Kelantan Pelangi Saiz Besar


Permata ini merupakan spesis kecubung (amethyst) yang diperolehi di sebuah bukit di Kelantan. Mempunyai pelangi di dalam batu dan ianya bersaiz besar (besar dari 50 sen)

Thursday, September 12, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak :: (Telah ditebus)




Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak
Cincin perak tempahan khas kuku 6 corak Lam Alif digabungkan dengan permata delima blue black.

Wednesday, September 11, 2013

:: Permata Pilihan :: Permata Batu Leleh Bukit Nuri, Thailand



Tengah telah ditebus
Permata ini diperolehi daripada Bukit Nuri, Selatan Thailand. Kebanyakan batu leleh daripada Bukit Nuri adalah teramat tua dan mempunyai kepadatan yang teramat baik berbanding tempat lain. Pun begitu di Kelantan juga mempunyai beberapa bukit yang menyamai malah lebih elok daripada bukit ini. Permata ini bersaiz lebih kurang 10 sen dan mempunyai belang seolah-olah pamor bagi besi membuat keris.

Tuesday, September 10, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Perak :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian Hamba Allah, Perak 
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 digabungkan dengan aked kuning.

Friday, September 6, 2013

:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Fosil Teras Mali (Amat Tua)

Permata ini merupakan fosil teras mali yang amat tua. Kehadiran besi dalam permata ini. Permata ini juga boleh dibandingkan dengan fosil teras mali yang sebelumnya. Sifat asal rona kayu teras mali sama walaupun menjadi batu. Stok terhad untuk 2 biji ini sahaja.

Thursday, September 5, 2013

:: Koleksi Permata Pilihan :: Permata Batu Bukit Tursina

Permata batu Bukit Tursina ini merupakan koleksi terpilih dan bersaiz antara syiling 10-20 sen. Diperolehi secara asal dari Bukit Tursina. 

Wednesday, September 4, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Putrajaya :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian Hamba Allah, Putrajaya
Cincin perak pahat bunga jawa bungkus penuh digabung permata tulang mawas jadi batu.

Tuesday, September 3, 2013

:: Permata Pilihan :: Permata Teras Mali jadi batu


Permata di atas merupakan koleksi pilihan iaitu permata teras mali jadi batu. Permata bersaiz 10 sen dengan warna merah coklat.