Friday, March 29, 2013

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Tanduk Lembu Mati Beranak

Tanduk Lembu Mati Beranak

 
B on hold, C, D, E dan F Telah ditebus



Permata yang dipaparkan di atas adalah koleksi amat rare dan susah untuk dimilik iaitu tanduk lembu mati beranak. Permata ini juga telah dipasak dengan barangan yang yang menjadi pelengkap bagi khasiatnya yang alami.



Bagi peminat mistik dan orang-orang tua dahulu tanduk lembu mati beranak ini amat di cari atas kelebihan yang dijadikan oleh ALLAH swt.  Ianya amat sesuai untuk dimilik oleh golongan yang bekerja yang terlibat dengan keselamatan seperti polis, askar, pegawai keselamatan dan sebagainya. Apapun semua kelebihan ini adalah hak MUTLAK Allah swt dan bukan milik kami.


Thursday, March 28, 2013

: Tawaran Istimewa :: Ketulan Fosil Mani Gajah Purba

 
 
Ketulan mani gajah purba ini dipotong dalam bentuk kiub dan mempunyai dua saiz sebagaimana gambar. Yang paling besar berukuran 35 x 29 x 8 mm dan boleh memperolhi 6 biji permata saiz kecil atau 3 biji permata saiz besar. Yang kecil pula berukuran 25 x 23 x 10 mm dan boleh memperolehi 4 biji permata saiz kecil dan 2 biji permata saiz besar. Untuk dimaharkan dengan tawaran istimewa.

Wednesday, March 27, 2013

:: Untuk Dimiliki :: Loket Perak Fosil Teras Gemunggal (Telah ditebus)

 
 
Loket perak buatan tukang Kelantan ini digabungkan dengan fosil teras gemunggal untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.


Tuesday, March 26, 2013

:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Aked Ular Terpilih

 
Kanan - on hold
Permata ini merupakan koleksi aked ular terpilih kerana coraknya amat menarik. Bersaiz hampir 10 sen dan mempunyai keunikannya corak tersendiri.

Monday, March 25, 2013

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Fosil Teras Mali Purba

 
 
Fosil teras mali ini merupakan yang tertua yang kami miliki di mana ianya telah hampir menjadi besi (seolah berkarat) dan amat keras. Bagi membuktikan ianya teras mali kami telah membuat perbandingan di antara teras mali kayu (bawah kanan), teras mali jadi batu (sebelum ini - atas kanan) dan teras mali jadi batu (terkini). Permata di dalam proses peringkat canaian untuk peminat blog.

Friday, March 22, 2013

:: Koleksi Rare & Istimewa :: Permata Aked Ular Saiz Kecil

A, C, D & E - Telah ditebus 

Permata aked ular atau batu ular ini dicanai bersaiz kecil (kecil dari 5 sen) bagi tujuan mengurangkan harga bagi peminat yang mempunyai budget yang rendah.

Thursday, March 21, 2013

:: Koleksi Permata Istimewa :: Permata Aked Lumut (RM80 sebiji)

 
 
Permata aked lumut untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. tawaran harga istimewa untuk peminat blog. Lumut di dalam batu seolah-olah hidup.

Wednesday, March 20, 2013

:: Koleksi Permata Rare dan Istimewa :: Permata Batu Lelangit Buaya Jadi Batu (Telah ditebus)


Permata ini merupakan batu yang diperolehi daripada seekor buaya yang menjadi batu di mana bahagian lelangit buaya tersebut mengandungi batu ini secara semulajadi. Berkhasiat untuk dijadikan penawar segala penyakit kulit dengan izin ALLAH swt dan juga boleh menggerunkan buaya In Shaa Allah sebagaimana diceritakan di dalam kitab lama. Permata terhad kepada 2 biji ini sahaja.

Tuesday, March 19, 2013

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Fosil Mani Gajah Purba (Telah ditebus)

 
 
 
Cincin perak tangkai kendi kuku 6 digabungkan dengan permata fosil mani gajah purba (tertua). Saiz cincin adalah 17 dan permata hampir 10 sen.

Friday, March 15, 2013

:: Koleksi Permata Pelik :: Permata Aked Pelik 1

 
 
Permata ini merupakan spesis batu aked dan terdiri daripada batu yang diperolehi secara istimewa. Dikatakan pelik sebab permata ini bukan daripada golongan batu aked biasa dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Mempunyai wajah pada permukaan batu aked dan mahar dalam kategori istimewa.

Thursday, March 14, 2013

:: Koleksi Rare :: Permata Fosil Keluat Darah

Permata fosil keluat darah bersaiz hampir 20 sen dengan rona kayu teras akar keluat darah. Mempunyai pelbagai khasiat alami yang baik untuk tubuh badan dan sebagainya.

Wednesday, March 13, 2013

:: Tempahan Hamba ALLAH, Perak :: (Telah ditebus)

 
Tempahan Hamba ALLAH, Perak 
2 loket perak berlian swiss + fosil teras gemunggal (kehadiran besi @ paling tua)

Tuesday, March 12, 2013

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Batu Zircon Biru aka Batu Serai RM2XX

 
 
 
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 digabungkan dengan permata zircon biru atau lebih dikenali ramai dengan nama batu serai. Saiz cincin adalah 17.

Friday, March 8, 2013

:: Permata Istimewa :: Permata Aked Ular

D - on hold
Permata terbaru aked ular yang telah disiapkan. Bersaiz 5 sen dan mempunyai kecantikannya yang tersendiri disamping khasiatnya yang terbaik.

Thursday, March 7, 2013

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Aked Ular

 
 
 
Cincin perak tangkai kendi kuku 6 digabungkan dengan aked ular. Bersaiz 19 dan untuk dimaharkan dengan tawaran istimewa.

Wednesday, March 6, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Sarawak :: (Telah ditebus)

 
 
 
Untuk Perhatian Hamba Allah, Sarawak
Cincin perak + permata batu lelangit buaya jadi batu.

Tuesday, March 5, 2013

:: Tempahan Istimewa :: Belt Buckle @ Kepala Belt (Telah ditebus)

 
 
Tempahan istimewa Tn Hj Halim, KL
Dimasukkan gabungan teras kayu teramat rare, fosil kayu jadi batu dan dipasakkan tahi bintang dan besi misteri.

Monday, March 4, 2013

:: Koleksi Terbaik :: Permata Zamrud Colombia Air Kaca

zamrud
 
Permata zamrud Colombia antara terbaik yang kami perolehi. Zamrud colombia ini mempunyai warna pandan dengan air kaca dipotong secara cutting. Saiz permata adalah 11 x 9 x 5 mm dan mempunyai berat antara 2.0 - 2.10 carat. Untuk dimaharkan bawah harga pasaran biasa.

Saturday, March 2, 2013

:: Lain Dari Yang Lain :: Permata Campuran Fosil Mani Gajah dan Tulang Gajah

Permata ini lain dari yang lain di mana diperbuat daripada gabungan fosil mani gajah purba dengan tulang gajah purba. Permata ini menampakkan kelainan. Antara khasiat adalah sebagai penawar penyakit In Shaa Allah. Permata bersaiz besar sedikit syiling 10 sen.

Friday, March 1, 2013

:: Untuk Perhatian Abg Ibrahim, KL :: (telah ditebus)

Untuk Perhatian Abg Ibrahim, KL
Cincin perak digabungkan dengan permata zamrud pandan.