Petak - on hold
Permata di atas adalah koleksi besi leleh yang melekat dengan magnet. Bersaiz 10 sen dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.Friday, May 31, 2013
Wednesday, May 29, 2013
:: Untuk Perhatian Hamba Allah, KL :: (Telah ditebus)
Untuk Perhatian Hamba Allah, KL
Cincin perak pahat bunga jawa bertebuk celup emas putih digabungkan dengan permata serai (zircon) cutting warna merah.
Friday, May 24, 2013
:: Koleksi Terbaik :: Cincin Permata Batang Senduduk Bunga Putih Jadi Batu (Telah ditebus)
Cincin tangkai kendi saiz 19 ini digabungkan dengan permata batang senduduk bunga putih jadi batu (fosil). Sayangnya kami tidak sempat untuk mengambik keseluruhan batang tersebut. Walaubagaimanapun pihak kami gerenti ianya adalah betul dan asli. Kegunaan: bersifat sejuk dan boleh direndam dalam air untuk sakit dalaman, demam panas, budak kecacingan dll.
Thursday, May 23, 2013
:: Permata Baharu :: Permata Kayu Hantu Takut
B - telah ditebus
Permata yang telah disiapkan oleh tukang canai dalam pelbagai saiz dan bentuk. Permata ini mempunyai keistimewaan berkaitan menghindari hantu/syaitan/iblis dengan izin ALLAH swt. Ini adalah ikhtiar melalui ciptaanNya.Wednesday, May 22, 2013
:: Koleksi Terbaru :: Kayu Hantu Takut
Kebesaran Allah swt. Kayu ini dinamakan kayu hantu takut kerana dengan izin ALLAH swt kebiasannya hantu/syaitan/iblis akan lari sekiranya dibawa berdekatan dengan mereka. Disebut di dalam kitab lama seorang wali Allah telah bertarung dengan iblis dan dengan izin Allah swt iblis itu dapat dihapuskan dengan lontaran kuat ke sebatang pokok (pokok ini). Dan semenjak itu pokok itu dinamakan pokok hantu takut (mungkin hantu phobia kot). Jika memasuki hutan dan teras ketakutan carilah pokok ini dan dudu berdekatan dengannya, Inshaa Allah dengan izin ALLAH swt tiada yang mengganggu (disamping bacaan ayat Al Quran).
Kayu ini di dalam proses dijadikan permata cincin atau loket. Permata ini mempunyai satu syarat bagi pihak kami iaitu pada malam jumaat disunatkan menyapu minyak atar bagi mengekalkan keharuman asli pokok ini.
Tuesday, May 21, 2013
:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Miri :: (Telah ditebus)
Untuk Perhatian Hamba Allah, Miri
Cincin perak lilit berlian swiss digabungkan dengan permata aked darah Mekah.
Friday, May 17, 2013
:: Koleksi Cincin :: Cincin Perak Permata Firus Jalur Emas Mekah (Telah ditebus)
Cincin perak kuku crown ini digabungkan dengan permata firus cyan jalur emas yang berasal daripada Mekah. Permata firus bersaiz besar (lebih dari 50 sen) dan saiz cincin adalah bersaiz 19.
Thursday, May 16, 2013
:: Koleksi Cincin :: Cincin Perak Besi Leleh Jalur Terbaik
Cincin perak pahat bunga jawa kuku ayam digabungkan dengan permata besi leleh jalur terbaik. Saiz cincin adalah 17.
Wednesday, May 15, 2013
:: Koleksi Cincin :: Cincin Perak Jarum Emas Kuning (Telah ditebus)
Cincin perak jarum emas kuning (bentuk jarum penuh seakan rambut didalam batu) digabungkan dengan cincin perak lilit berlian swiss kuku crown. Saiz jari 18 dan permata bersaiz hampir 10 sen.
Tuesday, May 14, 2013
Monday, May 13, 2013
Friday, May 10, 2013
:: Istimewa :: Loket Perak 7 Jenis Batu Petir (berlainan batu) (Telah ditebus)
Loket perak digabungkan dengan 7 jenis batu petir (air dan api) berlainan batu. Sesuai untuk pakaian diri terutama bagi wanita.
Thursday, May 9, 2013
:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Perak Aked Ular
Cincin perak pahat bunga jawa bertebuk lilit berlian swiss digabungkan dengan permata aked ular. Permata aked ular bersaiz hampir 5 sen manakala saiz cincin 17.
Wednesday, May 8, 2013
:: Untuk Perhatian En Khairul, Sarawak :: (Telah ditebus)
Untuk Perhatian En Khairul, Sarawak
Cincin perak pahat bunga jawa tukang gred A digabungkan dengan permata aked darah.
Tuesday, May 7, 2013
:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Singapura :: (Telah ditebus)
Untuk Perhatian Hamba Allah, Singapura
Cincin perak tangkai kendi kuku 6 digabungkan dengan permata tanduk rusa bakut (bahagian perdu tanduk dengan kehadiran besi) dan di pasak besi misteri, iron meteorite, batu teras mali, tanduk kambing gurun dan besi leleh.
Monday, May 6, 2013
:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Perak Permata Firus Jalur Emas Mekah (On hold)
Cincin perak buatan tukang Kelantan dengan design lilit berlian swiss kuku 4 daripada suasa dan digabungkan dengan permata firus jalur emas Mekah. Cincin bersaiz 17 dan permata bersaiz hampit 10 sen.
Saturday, May 4, 2013
:: Kambing Gurun :: Al Kisah 2
Belulang atau kulit kambing gurun kebiasannya amat di cari oleh peminat bagi tujuan menghasilkan wafak sebagaimana kaedah Ulamak terdahulu. Kebanyakan anggota badan kambing gurun ini mempunyai kegunaannya yang tersendiri seperti bagi tujuan menghasilkan minyak kambing gurun untuk urutan, lidahnya amat dicari kerana boleh menyembuhkan luka secara alami dengan izin ALLAH swt. Tanduknya boleh dijadikan permata cincin atau sebagainya. Inilah kebesaran ALLAH swt yang diciptaNya untuk manusia berfikir dan mengambil iktibar atas segala kejadianNya. Maha Suci ALLAH swt.
Friday, May 3, 2013
:: Kambing Gurun :: Al Kisah 1
Kepala sebesar anak lembu
Akhirnya kami berkesempatan untuk memperolehi kambing gurun yang ditangkap dan disembelih oleh guru kami. Bukan senang untuk memperolehi kambing gurun ini malah terpaksa memasuki hutan bagi mendapatkannya. Antara kelebihan kambing gurun ini ialah ianya dijadikan oleh ALLAH swt dengan kelebihan pelimun dan biasanya jika seseorang berniat untuk menangkapnya kambing ini telah tidak dapat dikesan kecuali mempunyai ilmu-ilmu tertentu dengan izin ALLAH swt.
Kambing gurun ini kebanyakkannya bersaiz besar (tahap ketinggian pinggang manusia) dan yang tua mempunyai janggut yang mencecah tanah. Bulunya agak kasar seperti rusa dan boleh dikatakan berwarna hitam pekat. Dagingnya amat sedap dan lembut tetapi agak panas tahap gaban jika memakannya dalam jumlah yang banyak. Pengalaman kami hampir 3 hari kepanasan dalaman dan sekiranya mempunyai penyakit resdung, dalaman hidung akan membengkak ekoran panas. Jika mempunyai darah tinggi ianya amat tidak digalakkan untuk merasa kecuali orang yang memakannya ingin berehat di dalam hospital.
Thursday, May 2, 2013
:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Permata Teras Kokka Mekah
Sebelum ini dipaparkan teras kokka Mekah dalam bentuk ketulan kayu dan dibuat perbandingan dengan bongkah kokka yang menjadi batu. Gambar di atas menunjukkan permata teras kayu kokka Mekah (tengah dan kanan) manakala sebelah kiri adalah permata kokka menjadi batu (telah ditebus). Permata bersaiz besar lebih kurang 50sen dan tawaran harga teras kokka asli ini dalam kategori mahal la juga (kalau nak murah beli jer permata kokka kelapa afrika). Antara ciri-ciri teras kayu kokka asli adalah ianya berbau wangi apabila dibakar ataupun digores dengan pisau. Kayunya agak keras tetapi sekiranya disapu minyak zaitun ianya senang berkilat.
Wednesday, May 1, 2013
:: Tawaran Istimewa: Cincin Perak Permata Solid Iron Meteorite
Cincin perak pahat bunga jawa digabungkan dengan permata solid iron meteorite. Permata ini bersaiz lebih daripada syiling 10 sen dan saiz jari adalah 18.