Friday, September 28, 2012

:: Koleksi Permata Baru ::Permata Batu Bukit Pelagat Air Kaca 2 (Telah ditebus)

 
 
 
Amat jenih air dalam batu. Mempunyai inclusion berwarna hijau, coklat dan seakan tanah bukit.
** Terima kasih En Shukor, N9 **

Thursday, September 27, 2012

:: Koleksi Permata Baru ::Permata Batu Bukit Pelagat Air Kaca (Telah ditebus)

pelagat
 
 
 
Permata ini mempunyai kejernihan terbaik air kacanya. Digabungkan dengan tukang canai yang terbaik dan amat teliti. Tiada retak dalam batu dan inclusion didalamnya kelihatan amat jelas. Untuk dimaharkan dengan mahar terbaik dan termurah dan pastinya mampu milik dan mampu bayar. Saiz besar dari 20sen.
** Terima kasih En Syamsul Anuar **

Wednesday, September 26, 2012

:: Koleks Permata Baru :: Permata Batu Bukit Pelagat Pelangi RM100

 
 
Permata batu bukit Pelagat berpelangi ini bersaiz besar sedikit dari 20sen. Mempunyai keindahan yang tersendiri. Untuk dimaharkan dengan mahar teramat murah dan mampu milik.

Tuesday, September 25, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaik & Berkualiti :: Cincin Kecubung Kelantan (Telah ditebus)

Antara cincin terbaik dan berkualiti tapi masih dengan mahar mampu milik dan mampu bayar. Cincin perak dengan design lilitan berlian dipadankan dengan permata kecubung Kelantan yang di dalam kategori batu tua dan perfect. Saiz cincin adalah 20. Untuk dimaharkan kepada yang berminat.

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Putrajaya :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Putrajaya
Cincin perak ikatan pahat bunga jawa bungkus penuh dengan permata besi misteri.

Monday, September 24, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Perak Fosil Tanduk Seladang

Cincin perak buatan tukang Kelantan dengan design kuku lipan pahat bunga jawa. Cincin bersaiz 17 digabungkan dengan permata fosil tanduk seladang bersaiz 10 sen.

Friday, September 21, 2012

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Permata Fosil Tulang Harimau Putih (Telah ditebus)

Permata ini amat unik dan jika dilihat seperti bentuk mata. Ianya bersaiz 22 x 15 x 8 mm.

Thursday, September 20, 2012

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Permata Bulu Burung Cenderawasih (Telah ditebus)

Permata ini merupakan suatu permata bergred A. Permata merupakan bulu burung cenderawasih yang dilihat secara jelas di dalam batu tersebut. Saiz permata adalah saiz 20 sen dan mempunyai kejernihan air dan bulu yang menarik.

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Fosil Tulang Harimau Putih

Ini merupakan cincin perak pahat bunga jawa yang digabungkan dengan fosil permata tulang harimau putih. Saiz permata adalah 10sen dengan saiz jari adalah 17. Permata mempunyai belang.

Wednesday, September 19, 2012

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Fosil Buah Pinggang Gajah Purba

buah pinggang
Permata fosil buah pinggang gajah purba akhirnya siap dicanai oleh tukang kami. Saiz permata adalah hampir 20sen dan terdapat kehadiran besi didalam permata ini menunjukkan usianya terlampau tua.

Tuesday, September 18, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Gabungan 2 Jenis Fosil

Cincin perak buatan tukang Kelantan dengan kuku lipan digabungkan dengan permata campur 2 fosil iaitu fosil tanduk kambing gurun dan fosil teras mali. Saiz cincin adalah 21 dan saiz permata kurang lebih saiz 20sen. Berguna bagi pakaian diri, ketahanan badan dan sebagainya dengan izin ALLAH swt.

:: Perhatian En M Elias, Kelantan :: Tasbih Campur 2 (Telah ditebus)

Untuk Perhatian En M Elias, Kelantan 
Kandungan teras:10 jenis
Teras gemunggal pulau + kemuning hitam + fosil akar bahar putih + kemuning kuning + batu leleh + teras bui + teras semeru + ibol kuning + cendana + renggas

:: Untuk Perhatian En M Elias, Kelantan :: Tasbih Campur 1 (Telah ditebus)

Perhatian En M Elias, Kelantan
Kandungan teras:11 jenis
Teras gemunggal pulau + kemuning hitam + damar minyak + kemuning kuning + nibung + teras bui + teras semeru + ibol kuning + cendana + renggas

Monday, September 17, 2012

:: Untuk Perhatian En Yusri, Shah Alam :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian En Yusri, Shah Alam 
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 digabungkan dengan aked darah Mekah.

Sunday, September 16, 2012

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH :: Permata Firus Hitam Berdaun (On hold)

Perhatian Hamba ALLAH
Permata firus hitam berdaun saiz bujur .

:: Mani Gajah :: Cerita Ceriti

Permata mani gajah yang ditawarkan oleh pemuda itu
Antara yang biasa dijual biasanya batu bukit atau aked
Mani gajah asli dalam bentuk potongan kiub (berpasir dan kristal)
Kami nak kongsi cerita pasal mani gajah. Minggu lepas semasa mencari barang di bandar Kota Bahru tetiba adalah seorang hamba Allah katanya daripada Rantau Panjang datang menghampiri kami. Ditunjukkan sebiji permata dan ditawarkan kepada kami. Katanya permata mani gajah asli dan tawaran harga RM180. Setelah membelek dalam hati kami ini batu aked .. bukan mani gajah ... tapi sebab tak nak sakitkan hati kami meminta kurang. Setelah proses negotiation tamat rupanya dibagitau beliau dia sebenarnya nak pakai duit dan meminta kami bayar RM13 sahaja. Pada mulanya kami menolak tetapi memandangkan beliau mendesak meminta tolong kami akhirnya memberi duit itu sebagai sedekah baginya. Mungkin ini terjadi kepada peminat blog juga. Paparan gambar di atas merupakan batu tersebut dan dibuat perbandingan dengan yang lain. Sekadar berkongsi.

Friday, September 14, 2012

:: Koleksi Istimewa dan Rare :: Batu Tumbuh Tapak Kaki

Pelik bunyinya post entri bagi keluaran Jumaat ini. barang di atas pada asalnya adalah tapak kaki seorang hamba ALLAH yang mempunyai keramat. Setelah dipijak di atas tanah, bekas tapak kakinya berubah menjadi batu tumbuh sebagaimana gambar di atas. Potongan diatas merupakan sebahagian tapak kaki yang diperolehi. Di bahagian bawah merupakan tanah yang juga dengan izin ALLAh swt berubah menjadi fosil. khasiatnya wallahualam cuma di ambil atas keberkatan dan kebaikan yang ada atas pemilik tapak kaki ini. InsyaAllah dengan izinNya.

Thursday, September 13, 2012

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Fosil Hati Ikan Yu

Lain daripada yang lain. Syukur Alhamdulillah dengan keizinanNya kami dapat memperolehi fosil hati ikan yu untuk kegunaan makhlukNya. Antara khasiat ialah merupakan penawar penyakit, ikhtiar mengubat penyakit berkaitan hati (bukan sakit hati) seperti hepatitis, ketahanan tubuh badan dan sebagainya dengan izin ALLAH swt. Akan dijadikan permata dalam masa terdekat. InsyaAllah.