Thursday, August 30, 2012

:: Tawaran Syawal :: Permata Fosil Raja Kayu

Fosil Raja Kayu (bukan damar minyak) saiz 10 sen
MT - RM100 MA - RM150

Wednesday, August 29, 2012

:: Tawaran Istimewa :: Permata Fosil Pokok Gemunggal

Sila dapatkan mahar istimewa permata fosil pokok geminggal di http://istimewakayudanteras.blogspot.com/

:: Design Cincin Tukang Terbaik ::

Ini merupakan design cincin yang telah dibuat oleh tukang gred terbaik kami. Upahnya juga gred terbaik la juga. Sekadar berkongsi contoh design bagi peminat blog.

Tuesday, August 28, 2012

:: Tawaran Syawal :: Permata Besi Misteri (Telah ditebus)

besi misteri
Semua - telah ditebus 

Besi misteri merupakan satu besi istimewa yang terbukti berkesan (melalui pengalaman dan disebut di dalam kitab tua) bagi ikhtiar membuang saka, menawar dan melawan besi bath siam, mengelakkan gangguan makhluk halus, pakaian diri daripada senjata dan lain lain. Semuanya dengan izin ALLAH swt.

Besi misteri ini telah terjual melebihi 50 biji permata dan semuanya mendapat respon yang baik. 
** Terima kasih En Rosdi, Penang **
** Terima kasih En Ibrahim, Shah Alam **
** Terima kasih En Khairul, Shah Alam **
 ** Terima kasih En Za, Putrajaya**

Monday, August 27, 2012

:: Tawaran Syawal :: Permata Iron Meteorite @ Besi Tahi Bintang (Telah ditebus)

Kiri retak alami kanan tanpa retak alami
Solid tanpa retak
Solid dengan retak alami
Tawaran masa terhad untuk permata iron meteorite @ besi tahi bintang ini sempena Syawal. Permata bersaiz hampir 5 sen dan termat solid dan melekat kuat dengan magnet (kandungan nikel yang tinggi sebagaimana sifat asli iron meteorite).  
** Terima kasih En Zaini, KL **
 ** Terima kasih Hamba ALLAH, Selangor **

Sunday, August 26, 2012

:: Ceritera Aked Darah Mekah :: Subhanallah

Ramai peminat yang bertanya akan khasiat dan kisah aked darah Mekah. Untuk makluman semua yang ditunjukkan akan khasiat dan kebaikan permata ini adalah atas kuasa mutlak ALLAH swt. Di antara permata tersebut ada yang berubah warna bila diletakkan di dalam air zam zam, ada yang mengubah warna air zam zam, ada yang tidak mempunyai tindak balas seperti itu tetapi mempunyai kelebihan yang lain pula. Ada seorang sahabat yang memiliki permata ini dan permatanya telah menjadi calar tetapi keesokan harinya calar itu tiada. Ada yang bermimpi dan mendapat petunjuk dan alamat dan pelbagai kisah lagi. Pelbagai cerita yang dikongsi yang penting itu menunjukkan akan kelebihan ALLAH swt atas ciptaanNya bagi makhluk itu sendiri memuji akan kebesaranNya.

Thursday, August 23, 2012

:: Tawaran Syawal :: Cincin Kecubung Kelantan Air Tua (Telah ditebus)

kecubung
Tawaran istimewa untuk peminat blog kami sempena Syawal adalah cincin perak ukiran pahat jawa buatan tukang Kelantan kami dengan saiz 17 dan digabungkan dengan permata batu kecubung Kelantan air tua. Tawaran mahar adalah istimewa RM200 termasuk pos untuk Semenanjung Malaysia.

:: Makluman ::

Semua tawaran Ramadhan/Syawal akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2012 dan selepas daripada tarikh itu mahar akan kembali kepada asal. Harap maklum.

Saturday, August 18, 2012

:: Selamat Hari Raya Aidil Fitri ::


Kami warga kerja blog kayudanteras mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua peminat blog dengan ucapan Maaf Zahir dan Bathin sekiranya ada tersilap tutur bicara sepanjang berhubungan dengan kami.

Semoga mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Allah swt.

Tuesday, August 14, 2012

:: Tawaran Istimewa Ramadhan/Syawal :: Koleksi Permata 3

Fosil teras gemunggal saiz 50 sen
MT - RM160 MA - RM250
Kanan -telah ditebus


Fosil batu Tok Wali saiz 50 sen

Semua telah ditebus


Semua harga termasuk pos untuk S. Malaysia.
MT - Mahar Tawaran, MA - Mahar Asal

:: Tawaran Istimewa Ramadhan/Syawal :: Koleksi Permata 2

X - telah ditebus
Bawah kiri (Laang) on hold

Tawaran permata yang dikenali ramai sebagai batu leleh, batu meleleh, hematite dan nama terkenal bagi orang cina terutamanya Siam iaitu "lek lai". Tawaran harga kami teramat istimewa bagi bulan ini sahaja dan termasuk pos S. Malaysia sahaja. MT - RM40 sebiji
** Terima kasih Mr Laang, Perak **
** Terima kasih En Saifudin, Kedah **
** Terima kasih En Zamzuri, Pahang **

Monday, August 13, 2012

:: Koleksi Permata Rare :: Permata Aked Darah Mekah

Saiz 5 sen - Stok habis 

Koleksi ini telah lama kami perolehi cuma baru dimasukkan ke dalam blog ini. Kami mengambil masa sedikit bagi menguji akan khasiat dan kelebihan yang diberikan oleh ALLAH swt ke atas permata ini. Alhamdulillah dengan izinNYA permata ini amt berguna dengan izinNYA. Semua kelebihan dan kepelikan yang ada atasnya adalah ham milik MUTLAK ALLAH swt.

Terdiri daripada 3 saiz iaitu saiz 50 sen, 20 sen dan 5 sen. Permata ini diperolehi daripada bongkah yang sama dan setiap permata mempunyai kelainan di dalam urat batu (ada yang berjalur, ada yang kosong polos, ada yang seakan titisan darah, ada yang seakan tompokan pelik dan sebagainya). Untuk dimaharkan dan stok amat terhad.
** Terima kasih En Mukrim, terengganu **
** Terima kasih En Rohaizat, Singapura **

:: Koleksi Tasbih Istimewa :: Tasbih Kemuning Hitam Kepala Campur (Telah ditebus)

Tasbih ini merupakan tasbih 99 biji kemuning hitam dengan gabungan kepala campur teras. Tasbih ini merupakan buatan tangan tukang Kelantan gred A dengan kehalusan seni dan buatannya. Makmum terdiri daripada teras kemuning hitam, bahagian imam dan bilal pula merupakan gabungan kemuning hitam dan damar minyak.

Penanda diberikan dan merupakan gabungan antara kemuning hitam dan damar minyak. Mahar istimewa sempena Ramadhan dan stok terhad untuk unit ini sahaja.
** Terima kasih Syeikh Masagoes, Singapura **

Sunday, August 12, 2012

:: Tawaran Istimewa Ramadhan/Syawal :: Koleksi Permata 1

X - Telah ditebus
Permata kayu sulur bertam saiz 10 sen
MT - RM50

X - Telah ditebus
Permata fosil kemuning kuning saiz 10 sen
MT - RM40
Semua harga termasuk pos untuk S. Malaysia.
MT - Mahar Tawaran, MA - Mahar Asal

Saturday, August 11, 2012

:: Tawaran Istimewa Ramadhan/Syawal :: Koleksi Cincin 1 (Telah ditebus)


Cincin perak tangkai kendi kuku lipan 
Permata besi misteri (ikhtiar lawan saka)
Saiz 17
(Telah ditebus En Sukri, Maran )

Semua harga termasuk pos untuk S. Malaysia.
MT - Mahar Tawaran, MA - Mahar Asal

:: Tawaran Istimewa Ramadhan/Syawal :: Cincin Perak Aked Darah Mekah (Telah ditebus)

Cincin perak ukiran pahat bunga jawa buatan tangan tukang Kelantan digabungkan dengan permata aked darah Mekah. Permata bersaiz 5 sen dan saiz cincin adalah 17. Mahar RM3XX termasuk pos untuk Semenanjung Malaysia sahaja.
** Terima kasih En Mansor, KL **

Friday, August 10, 2012

:: Tempahan Teristimewa :: Tasbih Fosil Teras Gemunggal Campur

gemunggal kelo
Tasbih pakaian diri permintaan khas seorang peminat blog yang diperbuat daripada fosil teras gemunggal (beberapa jenis yang berlainan) dan dicampur dengan beberapa jenis fosil lain seperti fosil raja kayu, fosil kokka, fosil akar bahar putih, batu meteor, batu Tok Wali, marjan merah, fosil kemuning hitam, fosil kemuning kuning dan teras kayu.

Dipasak dengan gabungan istimewa diantaranya besi 7pa dan beberapa barangan lain yang mempunyai fungsi dan pakaiannya yang tersendiri. Wallahualam.

Thursday, August 9, 2012

:: Kebesaran ALLAH swt :: Permata Fosil Beko @ Bonglai

Ketika beli
Sekarang
  
Subhanallah. Beberapa minggu lepas kami bertemu dengan seorang peminat yang telah membeli barangan kami sekitar dua tahun lepas. Sambil berborak akhirnya beliau menunjukkan perubahan yang telah berlaku ke atas cincinnya (berubah wajah). Selain itu respon yang diperolehi daripada permata ini amat banyak. Maha Suci ALLAH swt yang mencipta dan memberi kepelbagaian dalam ciptaanNya. Malangnya fosil beko @ bonglai ini tiada stok untuk dimaharkan.

:: Untuk Perhatian Mr Robert, KB :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian Mr Robert, KB 
Permata teras campur pembisa gabungan 7 jenis kayu sebagaimana yang diminta.

Wednesday, August 8, 2012

:: Untuk Tatapan Hamba ALLAH, KK :: (Telah ditebus)

Untuk Tatapan Hamba ALLAH, KK 
Cincin tempahan telah siap. Cincin perak lulit berlian swiss gabungan permata aked darah Mekah.

Saturday, August 4, 2012

Debu Berlian Untuk Polish Permata


Bagi mengilapkan permata untuk kelihatan berair dan berkilat kebiasaannya tukang akan menggunakan debu berlian. Debu ini digunakan sedikit sahaja. Biasanya diletakkan ke atas kulit dan digosok permata keatasnya. Sebotol debu berlian ini RM40 termasuk pos untuk semenanjung sahaja.

Friday, August 3, 2012

:: Tasbih Teras Semeru & Teras Gemunggal Pulau :: Harga RM120

Koleksi terbaru kami adalah tasbih 99 biji dengan gabungan 4 jenis teras kayu iaitu teras semeru (makmum 99 biji), teras gemunggal pulau (kepala dan imam), teras kemuning hitam (kepala 1 biji) dan damar minyak (bilal 2 biji). Tasbih ini berbentuk butang baju dan bersaiz M. untuk dimaharkan dengan mahar istimewa sempena bulan Ramadhan. Insya Allah

Thursday, August 2, 2012

:: Fosil Tulang Harimau Putih ::

Untuk tatapan peminat blog. Tulang harimau yang telah menjadi batu ini dengan usia jutaan tahun dan dijumpai secara istimewa. Permata telah dipaparkan namun sample tulang ini bukan untuk dijual.