Wednesday, February 29, 2012

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Fosil Batang Pisang Benggala @ Galo


Permata ini telah siap dicanai tukang permata kami. Bersaiz besar dari 10 sen. Permata ini lain sedikit daripada permata yang dipaparkan sebelum ini kerana ianya dipotong secara melintang dan boleh dilihat belang rias bagi batang pokok pisang benggala itu.

Tuesday, February 28, 2012

:: Koleksi Istimewa :: Filter @ Penapis Rokok Kayu Kemuning Kuning


Untuk dimaharkan penapis rokok @ filter kayu kemuning kuning dengan mahar istimewa borong.

Friday, February 24, 2012

:: Koleksi Cincin Baru :: Cincin Batu Kecubung Kelantan Gred Terbaik


Cincin ini dibuat oleh tukang perak Kelantan bersaiz 19 dengan ikatan kuku dan dililit berlian swiss. Permata merupakan batu kecubung yang diperolehi di sebuah tempat di Kelantan dengan kejernihan air yang sempurna. Jika diperhatikan photo ketiga (sila besarkan gambar) terdapat objek yang ditangkap secara tidak sengaja didalam permata tersebut. Dimaharkan dengan mahar mampu milik (permata).

Thursday, February 23, 2012

:: Koleksi Istimewa :: Filter @ Penapis Rokok Teras Gemunggal Pulau


Lain daripada yang lain. Penapis rokok @ filter ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dan boleh digunakan bagi peminat yang tidak berminat dengan cincin. Disamping berfunsi sebagai penapis rokok ianya juga boleh dijadikan sebagai perubatan alami dengan cara menghisap teras disamping kegunaan khasiat lain dengan izin ALLAH swt. Untuk dimaharkan dengan mahar mampu milik untuk semua peminat.
** Terima kasih Nik Muhammad Hazim, Dungun **
** Terima kasih En Ibrahim, KL **
** Terima kasih Joe, Segaman **


Wednesday, February 22, 2012

:: Untuk Perhatian Pn Diana, Kota Bharu :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian Pn Diana, Kota Bharu

Loket emas 916 dililit berlian asli buatan tukang emas Kelantan. Permata adalah zamrud colombia gred terbaik.

Tuesday, February 21, 2012

:: Koleksi Cincin Baru :: Cincin Zamrud Pandan Gred A (Telah ditebus)


Cincin perak aloi kuku 4 bersaiz 17.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Kuching **

:: Untuk Perhatian Kak Lin, KL :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian Kak Lin, KL

Cincin perak aloi lilitan berlian swiss digabungkan dengan permata firus jalur emas Mekah.

Monday, February 20, 2012

:: Koleksi Cincin Baru :: Cincin Zamrud Pandan Gred A


Koleksi terbaru cincin kami adalah cincin perak aloi pahat bunga jawa sudut tepi digabungkan dengan permata zamrud pandan @ zamrud minyak bergred A. Permata mempunyai air yang cantik bahkan kualitinya menghampiri zamrud Colombia sekiranya diletakkan bersama. Cincin bersaiz 19 untuk dimaharkan dengan mahar mampu milik untuk semua.

Friday, February 17, 2012

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Bukit Pelagat Gred A


Permata ini diperolehi daripada Bukit Pelagat dan bersaiz hampir 10 sen. Mempunyai kejelasan batu yang amat baik dan mempunyai kehadiran inclusion jarum emas (sedikit).

Thursday, February 16, 2012

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Permata Fosil Penunggul Lembu

X - On hold

Paparan sebelum ini didalam bentuk asal kayu yang telah menjadi batu dengan izin ALLAH swt. Akhirnya siap permata penunggul atau juga dikenali disesetengah tempat sebagai pelunggul untuk peminat blog.

Tuesday, February 14, 2012

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Fosil Pokok Pisang Benggala @ Gala


Sebelum ini pernah dipaparkan fosil ini dalam bentuk ketulan kecil. Manakala paparan diatas merupakan dibahagian lain iaitu dipotong secara melintang dan boleh dilihat belang yang merupakan rias pokok pisang tersebut. Dalam proses dijadikan permata untuk dimaharkan kepada peminat.

Monday, February 13, 2012

:: Untuk Perhatian En Ibrahim, KL :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Ibrahim, KL
Cincin perak kuku crown dengan permata batu Tok Wali saiz besar.

Friday, February 10, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Delima Mozambique (Telah ditebus)


Cincin perak aloi ikatan lilit berlian digabungkan dengan permata delima merah Mozambique. Sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan. Cincin bersaiz 17 untuk dijual dengan harga bawah pasaran biasa.
** Terima kasih En Salahuddin, Sarawak **

Wednesday, February 8, 2012

:: Untuk Perhatian En Azhar, Bandar Sunway :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian En Azhar, Bandar Sunway
Cincin perak aloi tangkai kendi digabungkan dengan permata teras gemunggal hitam.

Tuesday, February 7, 2012

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Kelantan :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian Hamba ALLAH, Kelantan
Cincin perak lilit berlian swiss digabungkan dengan permata firus hijau Mekah jalur mas.

Monday, February 6, 2012

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, KL :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian Hamba ALLAH, KL

Loket ikatan perak aloi digabungkan dengan permata milik sendiri.

Saturday, February 4, 2012

:: Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1412H ::


Selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua peminat blog. Sesungguhnya Muhammad saw itu pembawa kebaikan kepada seluruh umat manusia.

" Sesungguhnya AKU diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang soleh"
Hadis Riwayat Imam Bukhari

Friday, February 3, 2012

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Fosil Penunggul Lembu


Koleksi terbaru kami adalah penunggul lembu yang telah menjadi fosil (alami). Orang kelantan panggil tunggul pacak lembu. Paparan merupakan bahagian atas manakala bahagian bawah sudah dipotong. Berasal daripada Mekah (tunggul lembu disana) dan dengan izin ALLAH swt telah bertukar menjadi fosil bagi kegunaan manusia. Subhanallah. InsyaAllah dalam masa terdekat akan dijadikan permata untuk dimaharkan.

Thursday, February 2, 2012

:: Untuk Perhatian En Haizal :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Haizal, Kuching
Cincin perak ukiran pahat bunga jawa berkuku dengan permata fosil teras gemunggal hitam berpasak.