Monday, January 31, 2011

:: Macam-macam :: Kisah Aked Yaman Biru



Rata-rata memberikan maklum balas kepada kami melalui SMS bahawa aked yaman ini tidak wujud atau batu yang dipaparkan adalah batu masak dan bukan asli. Suka kami nyatakan sekali lagi bahawa tujuan blog ini diwujudkan bagi berkongsi khazanah ALLAH swt diatas muka bumi ini tanpa berniat untuk menipu bagi mencari rezki.

Batu permata yang dipaparkan adalah asli dan diperolehi dengan cara istimewa daripada negara Yaman. Mungkin agak sukar untuk percaya kerana permata ini amat jarang atau tidak pernah langsung dilihat dikedai-kedai permata di Malaysia. Namun permata ini kebiasaanya hanya ada di timur tengah. Jika tidak percaya, cubalah peminat blog memasuki Google dengan menaip BLUE AGATE. InsyaAllah bertemulah anda dan terbukti kami tidak silap.

Bagaimanapun paparan ini hanya sempat dimuatkan dengan batu yang belum diproses dalam saiz yang kecil kerana batu ketulan besar telah dipinjamkan oleh seorang sahabat bagi tujuan semakan jenis batu dengan menggunakan alat kajian sains. InsyaAllah sekiranya kembali akan dipaparkan kepada semua dalam bentuk bongkah besar.

Sunday, January 30, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Aked Mekah Bergambar Mentadak



Permata ini pernah dipaparkan sebelum ini cuma tanpa ikatan cincin. Bagi memudahkan peminat permata ini telah diikat dengan tangkai kendi bungkus penuh bersaiz 17.

:: MAKLUMAN Minyak Ikhtiar Perubatan Teras Gemunggal Pulau ::

Untuk pengetahuan peminat blog, minyak ikhtiar perubatan teras gemunggal pulau telah kehabisan stok. Atas permintaan peminat yang tidak kesampaian untuk memiliki minyak ini kami telah berusaha dengan segala upaya kami bagi menghasilkan minyak sama dalam masa terdekat. InsyaALLAH cukup bagi peminat blog yang berminat.

Friday, January 28, 2011

:: Minyak Ikhtiar Perubatan Teras Gemunggal :: (Telah ditebus)

gemunggal kelo
Nota: Stok habis

Minyak ini akhirnya siap setelah melalui beberapa proses pembuatan, solat hajat dan zikir. Dibuat berlainan dengan yang sebelumnya dimana ianya gabungan teras gemunggal pulau, kunyit putih, kunyit bola dan minyak bunga matahari. InsyaAllah sebagai ikhtiar kepada penyakit yang bersangkutan dengan gangguan jin, syaitan, iblis berupa sihir, santau, penyakit misteri dan sebagainya. HANYA UNTUK KEGUNAAN SAPU SAHAJA.


Dibuat dengan kaedah khusus sebagaimana kitab lama. Minyak ini juga diberikan bersama pati gabungan tersebut dan sekiranya habis boleh dimasukkan minyak lain sehingga 3 kali sahaja. InsyaAllah atas izinNya berkesan. Harga sebotol hanyalah RM10.00 (tidak termasuk belanja pos sebanyak RM5.00). Sekiranya pembelian melebih 5 botol belanja pos akan diberikan secara PERCUMA. Bagaimanapun buat masa ini terhad untuk 10 botol sahaja.
** Terima kasih En Sukor, Negeri Sembilan **
** Terima kasih En Ewan, KL **
** Terima kasih Hamba Allah, KL **


Thursday, January 27, 2011

:: Koleksi Cincin dan Permata :: Cincin Batu Gunung Ledang (Telah ditebus)



Cincin perak tangkai kendi kuku w tempahan khas daripada tukang perak Kelantan ini bersaiz 19. Digabungkan dengan permata batu Gunung Ledang dengan tompokan asli batu yang diperolehi dibahagian atas. Cincin ini amat istimewa kerana ada kisah disebaliknya yang akan dinyatakan kepada bakal pemilik cincin ini.
** Terima kasih En Syafiq, Negeri Sembilan **

Wednesday, January 26, 2011

:: PERCUMA :: Minyak Ikhtiar Perubatan Teras Gemunggal 2ml


Bermula hari ini setiap pembelian barangan dairpada blog kami akan diberikan PERCUMA 1 botol minyak ikhtiar perubatan teras gemunggal pulau bersaiz 2ml. Stok hanya TERHAD untuk 10 botol sahaja. Untuk kegunaan luar @ disapu sahaja. Sekurangnya peminat blog boleh menguji minyak ini sebagai ikhtiar penyakit yang berkaitan dengan sihir, santau dan perbuatan seseorang. InsyaAllah atas keizinanNya akan berkesan.

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Permata Aked Yaman Biru

Atas tengah on telah ditebus

Kami memperolehi dalam bentuk asal bongkah batu bersaiz penumbuk yang berasal daripada negara Yaman (secara istimewa dan bukan dibeli atau dikirim melalui sesiapa disana). Juga bukan merupakan batu masak sebagaimana yang banyak dijual dikebanyakan tempat (boleh diuji keasliannya). Sebagaimana yang diketahui amat jarang aked yaman biru dipaparkan didalam blog kerana kesukaran untuk memilikinya.

Sekali pandang tanpa cahaya ianya seakan batu nilam (kerana warnanya kebiruan) tetapi sekiranya dikenakan cahaya dibawah batu akan terhasillah belang aked yang asal. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Stok bukan hanya terhad kepada 3 biji yang dipaparkan diatas sahaja. Tempahan boleh dibuat bagi saiz yang berlainan atas cita rasa masing-masing.

Tuesday, January 25, 2011

:: Koleksi Permata Terbaik dan Rare :: Permata Besi Misteri (Telah ditebus Semua)



  • Ramai yang bertanyakan akan nama sebenar besi misteri ini, namun nama asalnya tidak dapat dinyatakan atas sebab-sebab yang munasabah sehingga ada yang menyatakan kami menjual besi grill pagar (kami bukan terdesak untuk berbuat demikian)
  • Permata ini telah terbukti akan khasiatnya sebagaimana yang telah termaktub dalam kitab melayu tua yang jarang dijumpai. Antara khasiat alami yang diberikan oleh ALLAH swt adalah sebagai anti perbuatan khianat orang seperti sihir, santau, tuju, saka dan amat mujarab dan ampuh sebagai anti besi bath siam (insyaAllah telah terbukti oleh pengalaman pembeli yang terdahulu)
  • Selain itu amat sesuai dijadikan pakaian bagi perseorangan yang melibatkan diri dalam tugas-tugas yang berkaitan dengan senjata seperti polis, tentera, body guard dsbnya. Boleh diikat dengan cincin atau hanya cukup disimpan didalam dompet bagi tujuan pemakaian diri. InsyaAllah semuanya dengan izin ALLAH swt.

** Terima kasih En Mohd, Kelantan : Mohd Rizal, Terengganu **

Monday, January 24, 2011

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Batu Gunung Ledang

X - Telah ditebus


Sebagaimana dijanjikan permata gunung ledang ini siap untuk dimaharkan kepada peminat blog. Batu Gunung Ledang ini merupakan batu yang amat sukar diperolehi kerana ianya mempunyai khasiat yang terbaik sekali dalam golongan permata yang berkaitan dengan ketrampilan diri dan hunungan sesama manusia.

Oleh kerana mempunyai khasiat yang alami dan terbukti, salah seorang yang memiliki permata Gunung Ledang kami sebelum ini adalah merupakan isteri kepada salah satu Perdana Menteri Malaysia dalam abad ini. Permata ini walau bagaimanapun mempunyai stok yang amat terhad dalam masa yang juga terhad.
** Terima kasih En Mat, Kota Bharu **
** Terima kasih Syeikh Warok, Singapura **

Sunday, January 23, 2011

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Teras Kayu Abanuh Mekah



Akhirnya siap permata teras kayu abanuh Mekah yang dicanai oleh tukang kami. Permata ini dibuat secara gabungan semulajadi antara kulit luar (gubal) dengan teras abanuh bagi menampakkan kelainan dari segi hasil seni permata. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan tawaran mahar teramat mampu milik (saiz besar atau kecil mahar sama). InsyaAllah.

Saturday, January 22, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Kayu Siwak @ Sugi Mekah Jadi Batu



Paparan sebelum ini menunjukkan permata siap yang belum diikat cincin. Bagi menampakkan keunikan dan keindahan permata ini ianya telah diikat dengan cincin perak tangkai kendi bungkus penuh. Cincin adalah bersaiz 17 boleh dibesarkan sekiranya perlu. Terhad buat masa ini untuk sebiji ini sahaja.

Antara khasiat kayu siwak @ sugi jadi batu sebagaimana disebutkan didalam kitab adalah bagi tujuan kebersihan diri. Disebut didalam kitab melayu tua lama batu siwak @ sugi ini amat sesuai bagi seseorang yang mempunyai tubuh yang agak berbau dan insyaAllah dengan pemakaian batu siwak ini boleh mengurangkan akan bau badan yang dihadapi. InsyaAllah.

Friday, January 21, 2011

Gelang Batu Jarum Mas Brazil





Gelang ini adalah milik seorang sahabat yang ingin memaharkannya kepada sesiapa yang berminat. Beliau memperolehi daripada Brazil. Batu jarum emas dengan inclusion seperti buah atau daun pokok dikawasan hutan sana. Usia tidak diketahui cuma jarum emas didalamnya amat menarik untuk dipakai.
Jika dibandingkan jarum emas ini dengan jarum emas yang diperolehi kami di Malaysia ternyata ianya mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Thursday, January 20, 2011

:: Akan Datang :: Permata Batu Gunung Ledang

Dalam ekspedisi yang lepas kami telah diizinkan oleh ALLAH swt untuk kembali memperolehi batu Gunung Ledang yang telah kehabisan stok sebelum ini. Atas permintaan ramai dan dengan izin ALLAH swt batu ini telah diperolehi bagi dikongsi bersama semua peminat blog.

Bagaimanapun stok adalah terhad oleh kerana ianya mempunyai kesukaran untuk memperolehinya. Kebanyakan yang telah memperolehi batu gunung ledang ini memberikan respon yang amat baik akan khasiat yang telah ALLAH swt berikan kepadanya. InsyaALLAH minggu hadapan akan dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Wednesday, January 19, 2011

:: Koleksi Permata Istimewa dan Rare :: Permata Daun Buluh Dalam Batu Gred A




Permata ini mempunyai kejernihan yang amat baik dengan gabungan daun buluh didalamnya yang diperolehi secara alami. Saiz permata adalah 32mm x 17mm x 8mm. Permata ini teramat rare dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Tuesday, January 18, 2011

:: Cincin Pilihan Khas :: Cincin Perak Aked Yaman No 8 Simetri (Telah ditebus)



Permata ini pernah dipaparkan tanpa diikat cincin.

Cincin perak tangkai kendi dengan kuku lipan halus ini bersaiz 20 dengan saiz permata 28mm x 21mm x 5mm. Permata mempunyai no 8 secara simetri dengan ulangan yang banyak sebagaimana paparan.
** Terima kasih Syeikh Warok, Singapura **

Monday, January 17, 2011

:: Cincin Pilihan :: Cincin Perak Permata Batu Cindai Hitam Emas (Warna Berubah)


Setelah dihantar selama 3 hari akhirnya siap cincin perak tangkai kendi bungkus penuh dengan saiz 21. Ikatan cincin yang agak kemas dan menarik untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Saturday, January 15, 2011

:: Permata Pilihan :: Permata Batu Cindai Hitam Emas (Berubah Warna)





Batu cindai hitam emas ini merupakan batu dengan khasiat tambahan istimewa dimana ianya akan berubah warna (kekadang hitam keseluruhan) mengikut kesesuaian dan keadaan pemakai. Dalam saiz yang besar iaitu lebih kurang syiling 50 sen. Bagaimanapun permata ini sedang diikat cincin bagi menambahkan seri permata ini.

Thursday, January 13, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Permata Teras Mali Jadi Batu Saiz L RM200


Permata teras mali jadi batu ini bersaiz hampir duit syiling 20 sen. Tawaran stok terhad untuk 3 sahaja.

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Permata Teras Mali Jadi Batu Saiz S RM150


Permata ini bersaiz 5 sen dan tawaran terhad untuk 3 biji ini sahaja.

Tuesday, January 11, 2011

:: Akan Datang :: Minyak Teras Gemunggal Campuran Khas


Akan datang stok terbaru minyak teras gemunggal dengan campuran istimewa. Campuran ini merupakan brangan yang juga sukar diperolehi dan disebut didalam kitab tua melayu lama yang amat mujarab untuk ikhtiar menyembuhkan penyakit yang berkaitan saka, histeria, gangguan makhluk halus, terkena sihir/buatan orang.

Campuran yang dimaksudkan adalah kunyit putih dan juga pokok yang dikenali sebagai bola (spesis kunyit juga). Minyak ikhtiar ini hanyalah untuk KEGUNAAN LUARAN SAHAJA. InsyaAllah dalam masa terdekat ianya akan disiapkan untuk dimaharkan.

Monday, January 10, 2011

:: Koleksi Terbaru :: Teras Kayu Abanuh Mekah





Koleksi terbaru yang diperolehi adalah teras kayu abanuh yang berasal daripada Mekah. Teras kayu abanuh ini mempunyai pelbagai khasiat semulajadi dan pokoknya merupakan pokok terkawal didua negara iaitu Mesir dan Arab.

Mengikut kitab tua lama, kayu abanuh merupakan kayu yang dijadikan pengalas kepala tidur oleh Saidina Ali Karamallah dan mempunyai pelbagai khasiat alami yang dijadikan oleh ALLAH swt. Boleh dikatakan mempunyai 1001 khasiat atas kehendak pemiliknya sendiri dengan izin ALLAH swt. Jika diperhatikan ianya seakan-akan teras kemuning hitam tetapi sekiranya bandingan dibuat teras kayu abanuh lebih hitam daripada teras kemuning hitam.

Dalam masa terdekat permata teras abanuh akan disiapkan bagi tujuan pemaharan kepada peminat blog yang beminat.

Sunday, January 9, 2011

:: Koleksi Cincin Siap :: Cincin Teras Mali Jadi Batu



Cincin perak tangkai kendi kuku w bersaiz 17 dengan permata teras mali jadi batu. Untuk dimaharkan kepada peminat yang berminat.

Saturday, January 8, 2011

Akar Beluru @ Sintok Berkembar


Akar beluru berkembar ini secara tidak sengaja ditemui semasa ekspedisi Gua Keris minggu lepas. Amat menarik dimana kedua-dua akar beluru @ sintok ini bersatu membentuk akar yang menarik. Bagaimanapun ini hanyalah paparan gambar sahaja dan akar ini tidak diusik bagi tujuan pemaharan.

Friday, January 7, 2011

Cincin Batu Cindai Hitam Merah Emas (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Jalaludin, Shah Alam
** Terima kasih En Jalaludin, Shah Alam **

Thursday, January 6, 2011

:: Koleksi Terhad :: Batu Tok Wali Cindai (Telah ditebus)



Batu Tok Wali Cindai bersaiz 20 sen dan belum diikat cincin.