Sunday, October 2, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Kecubung Kelantan (Telah ditebus)


Ramai tertanya-tanya betul ke ada kecubung di Kelantan? Bagi kami tidak pelik kerana semua paparan kecubung didalam blog kami diperolehi dibumi Kelantan. Kalau ingin mencuba bolehlah mencari di daerah Jeli , Gua Musang dan Jertih. Terdapat banyak batu kecubung yang boleh diperolehi dikedalaman 7 kaki didalam tanah.

Cincin ini dibuat tukang emas dan perak Kelantan kategori tukang mahir. Cincin bersaiz 18 dengan ikatan kuku 4 suasa. Dililit dengan berlian swiss berkualiti dan disudut tepi dibuat ukiran pahat bunga jawa. Permata kecubung dalam kategori air yang menarik dengan warna tua dan bersaiz 13mm x 10mm x 6mm. Untuk dimaharkan dengan mahar istimewa RM580 bawah harga pasaran biasa.

No comments:

Post a Comment