Rata-rata memberikan maklum balas kepada kami melalui SMS bahawa aked yaman ini tidak wujud atau batu yang dipaparkan adalah batu masak dan bukan asli. Suka kami nyatakan sekali lagi bahawa tujuan blog ini diwujudkan bagi berkongsi khazanah ALLAH swt diatas muka bumi ini tanpa berniat untuk menipu bagi mencari rezki.
Batu permata yang dipaparkan adalah asli dan diperolehi dengan cara istimewa daripada negara Yaman. Mungkin agak sukar untuk percaya kerana permata ini amat jarang atau tidak pernah langsung dilihat dikedai-kedai permata di Malaysia. Namun permata ini kebiasaanya hanya ada di timur tengah. Jika tidak percaya, cubalah peminat blog memasuki Google dengan menaip BLUE AGATE. InsyaAllah bertemulah anda dan terbukti kami tidak silap.
Bagaimanapun paparan ini hanya sempat dimuatkan dengan batu yang belum diproses dalam saiz yang kecil kerana batu ketulan besar telah dipinjamkan oleh seorang sahabat bagi tujuan semakan jenis batu dengan menggunakan alat kajian sains. InsyaAllah sekiranya kembali akan dipaparkan kepada semua dalam bentuk bongkah besar.
No comments:
Post a Comment