Saturday, July 31, 2010

Cincin Batu Jarum Mas Merah Gred A






Sebelum ini pernah dipaparkan batu permata jarum mas merah gred A tanpa ikatan cincin. Setelah lama disimpan didalam stor akhirnya batu permata ini dikeluarkan bagi diikat cincin perak.

Cincin perak aloi tempahan khas ini bersaiz 22 dengan ikatan ukiran bunga pahat jawa dengan kuku W daripada suasa. Gabungan ini menonjolkan akan permata batu jarum mas ini. Permata jarum mas ini menampakkan akan gewe @ star yang berbentuk cat eye (rujuk posting lama yang memaparkan video gewe ini). Pada mulanya ingin diletakkan berlian swiss tetapi boleh menyebabkan permata ini kelihatan besar (sesuai untuk level Dato' la pakai). Berminat sila SMS.

Thursday, July 29, 2010

Gelang @ Bangle Istimewa Gabungan Jenis Batu


Atas permintaan ramai ini adalah gelang @ bangle yang dibuat dengan gabungan beberapa jenis batu. Gelang ini adalah contoh dan tempahan boleh dibuat oleh peminat. Pilihan batu yang boleh dibuat adalah gemunggal jadi batu, batu leleh, batu petir dan batu Tok Wali. Mahar adalah mampu milik dan mampu bayar bergantung kepada jenis batu yang dipilih.

Wednesday, July 28, 2010

Gabungan 3 Jenis Batu Petir Api (Telah ditebus)



Untuk perhatian DewiMaz, Singapura.

Permata ini merupakan gabungan 3 jenis batu petir api dengan saiz 22mm x 18mm x 5mm.

Tuesday, July 27, 2010

Untuk Perhatian En MJ, Singapura (Telah ditebus)






Untuk perhatian En MJ, Singapura.

Cincin perak tempahan khas dengan ukiran bunga pahat jawa separuh digabungkan dengan teras gemunggal jadi batu koleksi terbaru.
** Terima kasih En MJ, Singapura **

Monday, July 26, 2010

Untuk Perhatian En Roslan, Brunei (Telah ditebus)



Permata batu petir air dan api ini digabungkan dalam satu permata dengan rekabentuk yang belum pernah dibuat dimana-mana blog bagi menonjolkan kelainan dalam corak.
** Terima kasih Tn Hj Roslan, Brunei **

Saturday, July 24, 2010

Permata Kayu Sugi @ Kayu 'Araa jadi Batu




Sebelum ini dipaparkan seketul kayu sugi atau dikenali di tanah Arab sebagai pokok 'araa yang telah menjadi batu. Untuk paparan ini pula adalah permata yang telah disiapkan dan sedia untuk diikat menjadi cincin. Batu ini mempunyai kelainan dari segi warna, keseniaan malah dari segi mistiknya. Permata ini bersaiz 23mm x 18mm x 9mm. Jika diperhatikan terdapat wajah sesuatu yang sedang tersenyum. Subhanallah.

Friday, July 23, 2010

Loket Perak + Gemunggal Batu Part 1 (Telah ditebus)



Gabungan permata gemunggal jadi batu koleksi terbaru dengan loket perak dililit berlian swiss. Permata koleksi terbaru ini ternyata mempamirkan akan kelainan dan sekiranya dipandang ianya tidak diagak orang ramai sebagai permata gemunggal jadi batu kebiasaannya.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Kota Kinabalu **

Thursday, July 22, 2010

Cincin Batu Nilam Burma Air Kaca





Koleksi terbaru merupakan cincin perak tempahan khas dengan lilit berlian swiss digabungkan dengan permata batu nilam putih air kaca. Permata ini sekiranya dilihat ditempat bercahaya warnanya adalah putih tetapi setelah dipakai ianya berubah warna kepada warna nilam biru.

Permata batu nilam ini adalah asli dan boleh dibuktikan samada melalui pengujian batu permata ataupun pengujian lain yang diketahui peminat. Diperolehi secara istimewa dan walaupun maharnya dalam kategori tinggi tetapi masih lagi mampu milik dan mampu bayar. InsyaAllah.

Wednesday, July 21, 2010

Permata Batu Misteri (Telah ditebus)





Koleksi terbaru ini adalah sebiji permata misteri yang diperolehi secara istimewa dan jika dilihat mempunyai pembentukan (inclusion) didalamnya. pembentukan didalam itu merupakan sejenis kayu dan jika diperhatikan seperti kayu ular cintamani darat yang dibuang sisik(wallahua'lam).

Permata ini bersaiz 23mm x 16mm x 11mm. Amat jernih permata ini (lihat gambar paling bawah) dan mempunyai sedikit keretakan ekoran proses canaian. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Mat, Desa Pandan **

Tuesday, July 20, 2010

Cincin Batu Kecubung Gred A - UP En Sabri, Selangor (Telah ditebus)





Untuk perhatian En Sabri, Selangor.

Cincin perak tempahan istimewa dengan kuku "crown special" daripada suasa dan ikatan berlian swiss mengelilingi batu permata juga daripada suasa. Tangkai cincin dengan gabungan ukiran pahat jawa penuh. Ini merupakan tempahan cincin yang termahal sekali pernah saya buatkan. Permata adalah batu kecubung Malaysia gred A (belum gred A+ lagi) dengan air yang jernih dengan warna semulajadi "ametyst".
** Terima kasih En Sabri, Selangor **

Monday, July 19, 2010

Gemunggal Jadi Batu : Koleksi Terbaru







Agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai hal namun masih sempat lagi diizinkan ALLAH swt untuk berkongsi dengan peminat semua barangan yang sukar diperolehi, pelik, mistik, tidak masuk akal dsbnya tetapi jika telah diberikan rezeki untuk memilikinya insya Allah tetap jua diberikan barangan itu.

Koleksi ini merupakan sebahagian (seketul) daripada pokok gemunggal jadi batu. Cuma kelainan koleksi ini adalah pokok yang agak lama ini telah ditumbuhi lumut hijau namun dengan izin ALLAH swt dengan lumut-lumut hijau itu juga telah menjadi batu. Maha Suci ALLAH yang telah menzahirkan akan kekuasaanNya dalam bentuk koleksi ini. Batu ini dalam proses diabadikan dalam bentuk batu permata dan loket. Terdapat kelainan dalam batu permata yang siap berbanding dengan koleksi sebelum ini. InsyaALLAH dalam beberapa hari lagi siaplah untuk tatapan peminat blog semua.

Friday, July 16, 2010

Penentuan Arah Kiblat {Hari Ini}



Petang ini tepat jam 5.28 petang (waktu Malaysia) merupakan satu fenomena yang dipanggil Istiwa A'zam dimana matahari berada tepat diatas Kaabah. Justeru itu peminat semua bolehlah melihat samada kiblat yang digunakan sekarang adalah tepat atau tidak.

Gambar kredit rukyatulhilal.org

Permata Teras Gemunggal jadi Batu



Permata koleksi teras gemunggal jadi batu yang berwarna coklat gelap dan putih. kepelbagaian warna adalah bergantung kepada tempat batu itu dipotong dan dicanai sebelum permata siap.

Wednesday, July 14, 2010

PETUA : Pelaris Perniagaan?

Ramai yang bertanya akan persoalan diatas. Bukan apa siapa yang sekiranya berniaga sudah tentu ingin perniagaannya maju dan berjaya. Mengikut kitab panduan orang-orang lama (tajul muluk) ciptaan ALLAH swt yang boleh dibuat pelaris terdiri daripada dua iaitu batu dan besi. Batu bermakna sesetengah batu permata dan besi pula bermakna senjata seperti keris, badik dsbnya. Tapi ingat ianya perlu disertakan dengan keimanan bagi mengelakkan SYIRIK kepada ALLAH swt.

Dalam Islam sebagaimana ajaran Rasulullah saw, untuk menjadikan sesuatu perniagaan itu laris ialah dengan mentaati akan segala suruhan ALLAH swt dan menyertakan dengan perbuatan sunat. Contoh amalan yang diajar adalah seperti solat dhuha, solat taubat, perbanyakkan istigfar bagi pengampunan dosa, tinggalkan perbuatan dosa, berbakti dan berdoa untuk kedua ibubapa, tunaikan hajat saudara islam yang lain, banyak berselawat kepada Rasulullah saw, mengamalkan bacaan surah Al Waqiah, banyakkan bersedekah dsbnya.

Ingatlah antara Sabda Rasulullah SAW kepada Zubair Ibn Al Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT)azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT)membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT)menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Jadi antara dua diatas, manakah pilihan peminat blog semua. Sebab tepuk dada tanya selera masing-masing cuma yang penting syariat islam jangan diketepikan. Wallahualam.

Tuesday, July 13, 2010

Batu Kursani Kuning




Batu kursani kuning untuk dimaharkan dengan mahar mampu milik dan mampu bayar iaitu RM100 sebiji.

Monday, July 12, 2010

Batu Ubi Kayu



Sebelum ini pernah dipaparkan didalam blog dan batu ubi kayu jadi batu ini juga dikenali sebagai geliga ubi kayu. Berkhasiat sebagai penawar bagi penyakit tertentu atas keserasian masing-masing. Stok adalah terhad kepada 3 biji sahaja.

Sunday, July 11, 2010

:: Tulang Harimau Putih Jadi Batu ::



Asalnya menggeledah stor mencari barangan lain, akhirnya berjumpa dengan stok tersorok tulang harimau putih jadi batu dan sempat dicanai menjadi 3 permata. Buat masa kini semua tulang harimau jadi batu telah kehabisan stok untuk dimaharkan. Permata ini digunakan sepenuhnya walaupun ada yang bersaiz kecil sebagaimana paparan diatas.

Segiempat saiz 17mm x 12mm x 4mm RM180 (Tawaran) - On hold
Panjang saiz 19mm x 9mm x 5mm RM140 (Tawaran) - On Hold
Kecil saiz 11mm x 8mm x 5mm RM100 (Tawaran)

Friday, July 9, 2010

:: Permata Gabungan Istimewa :: (Telah ditebus)




Permata gabungan istimewa ini dibuat lain daripada yang lain dari segi gabungan dan kedudukan batu dan kayu. Bahagian permukaan atas mempunyai sebanyak 6 gabungan iaitu tahi bintang, besi kursani putih, besi kursani kuning, batu leleh, besi leleh jalur dan tempurung kelapa buta. Manakala bahagian bawah pula dipasak dengan gabungan tahi bintang, tulang harimau putih jadi batu dan satu besi istimewa yang tidak dapat dinyatakan atas sebab-sebab munasabah (pakai baru tahu).
** Terima kasih En Hasrul, Melaka **