Sunday, January 31, 2010

Permata Batu Fairuz (Telah ditebus semuanya)


Untuk perhatian seorang Hamba ALLAH, Lahad Datu.


Harap saudara dapat memilih batu fairuz mana yang ingin diikat cincin. Kesemua batu fairuz ini mempunyai gred yang tinggi dan kombinasi warna yang tua. Sila SMS untuk membuat pilihan dan akan terus diikat cincin setelah dipastikan saudara.

Cincin Besi Leleh Jalur (Besi Istimewa)



Akhirnya siap cincin besi leleh jalur milik saya sendiri. Cincin ini bukan untuk dimaharkan tetapi adalah diantara koleksi barangan saya yang teramat istimewa. Buat peminat blog saya dalam proses menyediakan beberapa permata besi leleh jalur @ belang ini untuk dimaharkan.

Bagaimanapun permata besi leleh jalur ini adalah terhad sehingga stok habis (maklumlah susah untuk mendapatkannya disamping khasiatnya yang teramat tinggi).

Thursday, January 28, 2010

Koleksi Teras Gemunggal Dengan Tawaran Istimewa


Gambar atas (kiri) - Gemunggal jadi batu, teras gemunggal hutan gred A dan teras gemunggal pulau

Ini merupakan tawaran pertama saya kepada peminat teras gemunggal yang ASLI. Koleksi yang ditawarkan adalah teras gemunggal hutan gred A, teras gemunggal pulau dan teras gemunggal jadi batu buat peminat blog kayudanteras. Kombinasi ini merupakan pelengkap bagi pengumpul teras gemunggal untuk diabadikan samada sebagai koleksi peribadi ataupun sebagai permata untuk ikatan cincin sendiri.

Ditawarkan dengan SATU mahar istimewa dan semestinya murah berbanding memperolehinya secara satu persatu. Sila SMS untuk maharnya dan sudah termasuk kos penghantaran untuk Malaysia, Brunei dan Singapura.
  • Saiz teras gemunggal jadi batu 21mm x 13mm x 10mm
  • Saiz teras gemunggal hutan 20mm x 14mm x 10mm
  • Saiz teras gemunggal pulau 18mm x 13mm x 9mm

Wednesday, January 27, 2010

Batu Jarum Mas Putih @ White Rutilated Quartz




Koleksi terbaru saya adalah batu jarum mas putih, merah, coklat cerah dan kuning. Batu yang perolehi adalah daripada gred A dimana batu mempunyai air yang teramat jernih tidak sebagaimana batu jarum mas didalam pasaran.

Bagaimanapun sebagai permulaan saya paparkan batu jarum mas putih yang masih belum diproses untuk dijadikan permata bagi tatapan peminat blog. Seterusnya akan saya paparkan batu dalam bentuk raw @ mentah dengan warna yang berlainan dalam posting yang akan datang. InsyaALLAH.

Cincin Tempahan En Firdaus (Telah ditebus)



Cincin perak tempahan khas tangkai kendi bungkus penuh En Firdaus, Putrajaya digabungkan dengan batu Gunung Ledang siap untuk diambil dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Firdaus **

Cincin Tempahan En Wan Bakri (Telah ditebus)



Cincin perak tempahan khas En Wan Bakri, Terengganu siap sebagaimana yang diminta. Digabungkan dengan batu Bukit Tursina bersaiz bujur panjang. Akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasin En Wan Bakree, Dungun **

Besi Leleh Belang @ Jalur (rare)

Nota - Semalam dinyatakan batu ini sebagai batu leleh belang @ jalur. Setelah diuji dengan pelabagai ujian termasuk tindak balas magnet maka ternyata batu yang saya perolehi ini adalah besi leleh jalur yang belum pernah dipaparkan oleh saya. Maaf diatas keterburuan meng "upload" tanpa ujian yang sepatutnya.


Koleksi ini setelah menjalani pelbagai ujian oleh pakar rujuk saya maka ianya telah disahkan besi leleh belang @ jalur yang belum pernah saya perolehi malah tidak kedapatan di blog yang lain. Ianya bertindakbalas dengan magnet dan mempunyai kekerasan yang amat berlainan. Memegangnya pun sudah membuktikan akan kelebihan batu ini di mana tangan boleh merasakan seakan kebas. Batu ini didalam proses pembikinan batu permata untuk dimaharkan kepada peminat blog dalam masa yang terdekat.

Monday, January 25, 2010

Permata Batu Fairuz



Untuk dimaharkan permata batu fairuz gred biasa dengan mahar RM120.00. Permata ini bersaiz 16mm x 12mm x 8mm dengan berat 12 carat.

Sunday, January 24, 2010

Cincin Tempahan En Ayob dan En Aziz (Telah ditebus)


Cincin perak dengan permata batu gunung ledang tempahan En Ayob dan En Aziz siap sebagaimana yang dikehendaki. Akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Ayob, Hulu langat **
** Terima kasih En Aziz, Seri Kembangan **

Permata Batu Tok Wali Cindai



Akhirnya siap sudah batu Tok Wali cindai untuk dijadikan permata cincin. Permata ini bersaiz 23mm x 15mm x 8mm dengan berat 29 carat.

Wednesday, January 20, 2010

Batu Tok Wali Cindai



Ini adalah bongkah batu Tok Wali Cindai yang diperolehi untuk dikongsi dengan peminat blog. Batu ini didalam proses untuk dijadikan permata cincin dalam masa yang terdekat.

Tuesday, January 19, 2010

Permata Aked Yaman Jalur

Atas - Telah ditebus
Bawah - telah ditebus


Permata aked yaman jalur ini merupakan aked yaman yang dikategorikan dalam aked yaman yang sukar diperolehi. Kebiasaan yang didapati adalah aked yaman yang berwarna madu ataupun coklat juga aked yaman yang berjalur tetapi dengan kombinasi warna yang pudar. Aked yaman ini mempunyai jalur yang amat terang dan jelas dengan kombinasi pelbagai warna yang menampilkan keindahannya disamping mempunyai khasiat yang banyak.

** Terima kasih En Razali, Kajang **

** Terima kasih En Feerdaus, Senai **

Batu Cindai 02


Batu cindai ini bersaiz 22mm x 12mm x 5mm. Gabungan warna merah dunhill dengan kuning keemasan.

Monday, January 18, 2010

Batu Cindai 01 (Antara yang terbaik diperolehi)



Buat tatapan peminat blog, ini adalah antara koleksi batu cindai yang teramat menarik sekali. mempunyai warna yang menarik perhatian ramai. Gambar diatas diambil daripada sudut atas hadapan dan juga sudut bawah batu (gambar bawah) . Berat batu cindai ini adalah 37 carat. Saiznya adalah 30mm x 20mm x 5mm. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Permata Batu Cindai

Inilah rupanya batu cindai yang telah dijadikan permata cincin. Gabungan warna memperlihatkan kepada kita seakan kain cindai asli yang dimasukkan kedalam batu. Inilah kebesaran ALLAH swt untuk kita semua berfikir.

Batu Cindai Juzuk 2



Koleksi gambar untuk dikongsi bersama. Jelas nampak keindahan urat warna yang terkandung didalam batu cindai ini.

Saturday, January 16, 2010

Batu Cindai Juzuk 1


Ini adalah ketulan batu cindai yang diperolehi untuk tatapan peminat blog. Permata didalam proses untuk disiapkan.

Friday, January 15, 2010

Bongkah Batu Cindai Gred A


Sebelum dipaparkan permata yang telah siap, terlebih dahulu saya ingin berkongsi bersama dengan peminat blog koleksi terbaru yang telah saya katakan. Koleksi ini adalah batu cindai gred A yang sememangnya dicari oleh pengumpul batu permata. Beberapa hari lagi akan dipaparkan permata siap untuk dimaharkan kepada peminat blog. InsyaALLAH.

Keluaran Terbaru Minggu Hadapan

Alhamdulillah diatas kurniaan nikmat dan syukur diatas rezki yang telah dilimpahkan olehNya. Untuk peminat blog kayudanteras saya telah memperolehi pelbagai barangan menarik yang pastinya adalah asli dengan gred yang terbaik. Pun begitu tidak diabaikan niat asal untuk memaharkannya kepada peminat blog dengan MAHAR MAMPU MILIK dan MAMPU BAYAR. Antara koleksi terbaru yang akan dikeluarkan minggu hadapan secara berperingkat adalah:
  • Batu Tok Wali Cindai (juga dipanggil pancawarna)
  • Batu Cindai Gred A (yang ni kira carat)
  • Batu Tok Wali lain dari yang lain (belum pernah dipaparkan)
  • Batu mistik (akan dipaparkan .. tunggu)
  • Batu Aked Yaman Jalur

Thursday, January 14, 2010

Koleksi Terbaru - Batu Aked Yaman Jalur


Untuk peminat blog, koleksi terbaru yang diperolehi adalah batu aked yaman jalur atau dalam istilah sains dipanggil "banded agate". Batu ini amat menarik jika dijadikan permata cincin ekoran kombinasi jalurnya yang memukau mata memandang. Jika di Mekah, permata batu aked yaman jalur ini akan dijual secara timbang carat oleh kerana kualitinya yang amat baik.

Pun begitu untuk peminat blog, batu ini kini didalam proses untuk dijadikan permata dan sekiranya siap akan dipaparkan didalam blog untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar "MAMPU MILIK DAN MAMPU BAYAR". InsyaALLAH.

Wednesday, January 13, 2010

Cincin Istimewa - Untuk Tatapan Peminat Blog




Beberapa bulan lepas, saya telah berkesempatan dipinjamkan sebentuk cincin milik seorang tua yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Cincin ini asalnya adalah besi dan telah ditukarkan oleh pemiliknya kepada perak biasa.

Permata cincin ini adalah daripada jenis aked tetapi mempunyai keistimewaan iaitu dapat bertukar wajah pada setiap hari. Antara wajah yang pernah dipaparkan adalah bentuk kelopak bunga penuh, seekor kucing, seekor angsa, putih keseluruhan dan pelbagai lagi mengikut hari dan waktu yang tertentu.

Gambar yang dipaparkan adalah diambil pada berlainan hari dan oleh kerana hanya dipinjamkan untuk seketika gambar bagi setiap perubahan tidak dapat dikongsi bersama peminat blog. Cincin ini dikatakan pernah menjadi milik seorang Wali ALLAH dinusantara ini. Tujuan dipaparkan bukanlah untuk menunjukkan kelebihannya tetapi sebaliknya dapat untuk kita berkongsi dan berfikir akan kebesaran ALLAH swt agar kita semakin dekat dan mengenaliNya. Subhanallah atas ciptaanNya yang tidak terhingga.

Saturday, January 9, 2010

Cincin Tempahan En Nazri, Jln Klang Lama (Telah ditebus)


Cincin perak ini digabungkan dengan permata teras gemunggal jadi batu dan dipasak dengan 4 jenis barangan sebagaimana yang telah dipersetujui. Akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Nazri, Jalan Klang Lama **

Cincin Perak Tempahan En Syafri (Telah ditebus)


Ini adalah cincin perak yang telah dibuat oleh tukang perak Kelantan. Permata adalah milik En Syafri sendiri. Cincin tempahan khas ini adalah bertangkai kendi dengan kuku gergaji.

Cincin Tempahan En Syafri (Telah ditebus)



Sebelum ini telah dipaparkan permata tulang harimau putih jadi batu dengan pasakan istimewa, tempahan khas En Syafri dalam posting yang terdahulu. Ini adalah hasil kerja tangan tukang perak Kelantan dengan rekakbentuk yang diminta oleh pemilik permata ini. Akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Syafri, KLIA **

Friday, January 8, 2010

Cincin Tempahan Tn Hj Derius (Telah ditebus)




Cincin tempahan khas Tn Hj Derius telah siap dibuat sebagaimana yang diminta. Gabungan 3 jenis permata iaitu 3 jenis batu, 5 jenis batu dan 7 jenis batu sebagaimana yang telah dipersetujui.
** Terima kasih Tn Hj Derius, Brunei **

Thursday, January 7, 2010

Cincin Batu Leleh Tanah Putih 002 (Telah ditebus)



Cincin perak kedua yang dibuat dengan gabungan permata batu leleh tanah putih. Cincin bersaiz 15. Sila SMS sekiranya berminat.
** Terima kasih En Hazli, Sabah **

Wednesday, January 6, 2010

Batu Leleh "raw"




Ini merupakan koleksi pelbagai batu leleh dalam bentuk asal @ raw @ belum dicanai jadi permata. Untuk dimharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih Mr Ray, Cheras **

Monday, January 4, 2010

Cincin Tempahan En Khalil Siap



Cincin tempahan En Khalil siap. Cincin tempahan khas tangkai kendi digabungkan dengan permata kemuning hitam sebagaimana yang diminta.

Permata Delima Merah Asli Mozambique 39 carat


Koleksi terbaru adalah permata delima merah Mozambique dengan air jernih berwarna merah dunhill. Berat permata adalah 39 carat. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Sila SMS bagi tujuan tersebut.

Sunday, January 3, 2010

Cincin Batu Fairuz @ Turquoise (telah ditebus)



Koleksi terbaru untuk peminat blog kayudanteras adalah cincin permata batu fairuz. Digabungkan dengan cincin perak tempahan khas tangkai kendi dengan saiz 17.

Batu fairuz merupakan salah satu batu yang selalu diriwayatkan dalam hadis dipakai oleh Rasulullah saw. Dari segi khasiat batu fairuz ini amat baik dan berkesan untuk seseorang yang berpenyakit berkaitan dengan saraf seperti sakit kepala @ migrain, gout, sakit belakang dan sebagainya.

Batu fairuz mempunyai 3 kategori yang berbeza iaitu batu fairuz biasa (yang selalu dijual), batu fairuz dengan jalur emas (biasa dijual lebih RM10K) dan yang paling susah ditemui batu fairuz wangi (biasa dijual lebih RM25K). Sila SMS sekiranya berminat.

Walluaha'lam.