Wednesday, December 16, 2009

Batu Bulu Burung Cenderawasih (Telah dipindah milik)






Setelah hampir setahun saya memiliki batu Bulu Burung Cenderawasih terdapat beberapa perubahan terhadap warna bulu dan penambahan bulu didalam batu ini. Asal kesemua bulu didalam batu ini ketika ditemui adalah 80% putih dan 15% coklat dan 5% kemerahan. Ternyata jika dilihat sekarang ianya telah berubah daripada warna asal ketika diperolehi.

Batu Bulu Burung Cenderawasih ini masih belum lagi menemui pemilik yang mampu samada dari segi mahar maupun kesanggupan memiliki batu ini. Untuk itu saya mengambil peluang ini untuk berkongsi photo yang telah diambil dengan pelbagai sudut agar kita boleh menghayati kebesaran ciptaan ALLAH swt. InsyaALLAH.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Kajang **

4 comments:

  1. salam saudara, saya berminat terhadap batu bulu burung cenderawasih. kalau boleh saya tahu mahar untuk memilikinya.. harap saudara dapat memberi maklum balasnya.

    ReplyDelete
  2. Saudara Aben;
    Sila layari posting batu bulu cenderawasih yang terdahulu kerana maharnya adalah sama. Atau SMS saya.
    Wasalam

    ReplyDelete
  3. salam..mcmane kte nk tau,smada batu burg cndrawasih ni btl2 orgnal ataupn truan?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam.

    1. Kena lihat struktur batu samada ia alami kejadian ALLAH swt atau buatan manusia. Kalau buatan manusia biasanya menggunakan spesis acyrilic macam keychain dari Langkawi ada ketam. kalau acyrilic guna lighter jer untuk test. cair faham2 la.

    2. Bulu didalam kena pastikan sama dengan bulu burung kadang-kadang ada jual jarum mas tetapi bgtau bulu burung.

    3. Biasa barang begini yang alami .. kalau ada ilmu hikmah .. pakai solat hajat minta ALLAH swt tunjukkan akan khasiat atau pemiliknya.

    Wallahualam.

    ReplyDelete